Lapan Tahun Bergelar Pelakon, Oktovia Manrose Bersedia Terima Lamaran?
Selepas lebih lapan tahun bergelar pelakon, Oktovia Manrose dikatakan telah menerima lamaran untuk menjayakan sebuah projek lagu!
View this post on Instagram
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman berkata, salah seorang anggota Bima Sakti dikenali sebagai Jim menyatakan hasrat untuk dia menjayakan projek lagu Biar Aku Simpan bersama kumpulan Bimasakti terbitan Life Records.
“Ikutkan menyanyi memang minat saya sejak sekian lama. Saya sedar ada bakat ke arah itu, cuma perlu diasah. Dulu pun sebenarnya ada peluang menyanyi, cuma saya tak nak terburu-buru.”
Kakak kepada Aprena Manrose ini juga bukan sekadar membuat penampilan khas untuk lagu berkenaan, malah turut menjadi model video muzik karya sama.
View this post on Instagram
“Kerana kebetulan saya sendiri sudah faham keseluruhan isi cerita lagu. Jadi saat ditawarkan untuk jadi model video muzik…saya cakap kenapa tidak,” katanya.
Ibu tunggal anak satu ini juga tidak menolak andai ada rezeki buatnya untuk menjadi penyanyi solo selepas ini.
“Saya anggap kolaborasi dengan kumpulan ini sebagai pemanas enjin. Selepas ini baru yakin sedikit nak menyanyi solo
View this post on Instagram
“Saya secara peribadi suka genre lagu hip hop, R&B, pop balada. Saya paling minat Ariana Grande, selain Sarah Raisudin, Jaclyn Victor, Melly Goeslow, Kris Dayanti dan terbaru Sarah Suhairi serta Aina Abdul,” jelas Oktovia.
Madu doakan Oktovia berjaya dalam apa jua yang diceburi. Tahniah!