Lelah Frontliner Undang Sebak Netizen, Muka Berbelang Sampai Nampak Bentuk Mask! – Manis Madu
Lelah Frontliner Undang Sebak Netizen, Muka Berbelang Sampai Nampak Bentuk Mask

Lelah Frontliner Undang Sebak Netizen, Muka Berbelang Sampai Nampak Bentuk Mask!

Penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang dilaksanakan sudah pasti memberi tanggungjawab yang lebih besar kepada petugas barisan hadapan.

 

Di saat orang lain sedang duduk di rumah bersama ahli keluarga tercinta, petugas barisan hadapan ini terpaksa bekerja keras demi memastikan orang ramai patuh kepada SOP yang ditetapkan.

 

Baru-baru ini tular satu video yang memperlihatkan seorang anggota polis yang terbakar muka akibat terlalu lama berjemur di tengah panas sehingga nampak bentuk pelitup muka

Di dalam video yang dikongsikan oleh @latiffamirs di laman sosial TikToknya, individu tersebut ketika itu dilihat  sedang berehat sambil minum air kotak yang disediakan kerana kehausan. 

 

Wajah lelah dan kemerahan yang dirakam itu mengundang sebak ramai pengguna TikTok yang lain.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sayu melihat raut wajah forntliner tersebut yang jelas keletihan.

 

“Ya Allah nampak raut wajah dia letih sangat.semoga dipermudahkan segala urusan” -@liezachubby.

 

Ada juga yang salute dengan keikhlasan frontliner itu dalam melaksanakan tugas dan mendoakan kesejahteraannya.

 

“Tengok kesan mask dekat muka dah tahu incas memang ikhlas bekerja. Semoga sihat selalu” -@jaha_repro.

 

“Berulang-ulang saya tengok video ni. Hiba rasa hati, semoga Allah memberikan kesihatan dan ketabahan untuknya serta frontline yang lain. Amin” -@nurqasehatieqah.

 

Setakat ini, video tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan dan komen sebanyak 7502 ribu.

Post a Comment