Lelaki Cerita Detik Hitam Yang Dilalui Si Isteri, Kereta Tercampak Jatuh Gaung Gara-Gara Banjir Lumpur! – Manis Madu
Lelaki Cerita Detik Hitam Yang Dilalui Si Isteri, Kereta Tercampak Jatuh Gaung Gara-Gara Banjir Lumpur!

Lelaki Cerita Detik Hitam Yang Dilalui Si Isteri, Kereta Tercampak Jatuh Gaung Gara-Gara Banjir Lumpur!

Berikutan bencana banjir yang melanda negara kita, baru-baru ini terdapat satu perkongsian daripada seorang lelaki mengenai tragedi sama yang menimpa isterinya tahun lalu.

 

Melalui akaun Facebook, Ahmad Fahmi, dia menceritakan detik hitam yang berlaku pada isterinya akibat banjir lumpur yang berlaku di Lojing, Tanah Tinggi Cameron setahun yang lalu.

banjir (1)

Difahamkan, kejadian itu telah mengakibatkan kereta yang dinaiki isterinya (ketika itu tunang) tercampak jatuh ke dalam gaung kerana arus air yang sangat deras.

Air lumpur yang sangat deras dan diikuti beberapa batang kayu balak dikatakan menjadi punca kereta isterinya tercampak serta diisytiharkan ‘total loss’. Tak nampak rupa Myvi dah!

 

Walau bagaimanapun, isterinya dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan luar.

 

Dalam hantaran sama, lelaki itu turut berkongsi beberapa gambar dan video ketika kejadian. Seram tengok air lumpur deras menuruni bukit dan kereta si isteri yang tercampak ke dalam gaung!

Post a Comment