Lelaki Tersalah Guna Tandas Wanita, Berdepan Denda RM3,899 – Manis Madu
Lelaki Tersalah Guna Tandas Wanita

Lelaki Tersalah Guna Tandas Wanita, Berdepan Denda RM3,899

Akibat dari tergesa-gesa memasuki tandas yang disangkanya adalah untuk unisex, seorang lelaki berusia 64 tahun berdepan dakwaan di mahkamah.

Kronologi kejadian yang berlaku di bandar Hamamatsu, Prefektur Shizuoka, Tokyo pada Disember tahun lalu ini bermula apabila lelaki tersebut yang sedang berjalan di sekitar itu mengalami sakit perut yang teruk yang kemudiannya memasuki Muzium Sains Hamamatsu.

 

Malang baginya kerana tanpa sedari, tandas yang dimasukinya di premis tersebut sebenarnya adalah tandas khas buat wanita.

 

Lelaki tersebut kemudiannya ditangkap oleh pihak berkuasa serta didakwa dengan tuduhan menceroboh tandas wanita. Jika sabit kesalaham boleh dikenakan denda sehingga 100 ribu yen (RM3,899).

 

Bagaimanapun, lelaki tersebut mengaku tidak bersalah dengan alasan papan tanda yang diletakkan di tandas itu adalah bersifat unisex yang mana boleh dikongsikan lelaki dan wanita.

 

Bagaimanapun, difahamkan bahawa papan tanda itu sebenarnya bertujuan untuk makluman bahawa tandas itu turut digunakan oleh staf muzium.

 

Memandangkan keadaan lelaki itu yang sedang mengalami sakit perut yang teruk pada kejadian itu, hakim Ayako Sasabe berasa simpati terhadap lelaki tersebut serta dilepaskan dari tuduhan.

 

Sebelumnya, mahkamah turut memanggil dan merekodkan keterangan beberapa orang saksi yang mana saksi-saksi tersebut mengesahkan lelaki itu tidak seperti ingin melakukan jenayah dan hanya tergesa-gesa mencari tandas.

 

Menurut respon orang ramai yang mengetahui berita ini mengklasifikasikan sebagai kes kecil serta hairan bagaimana kes ini boleh dibawa ke pendakwaan.

Post a Comment