Lemaskan Suami Dengan Punggung, Wanita Seberat 101Kg Didakwa
Pertengkaran yang dianggap kecil bertukar kepada pembunuhan apabila seorang wanita seberat 101 kilogram berdepan tuduhan membunuh suaminya dengan cara duduk di atas muka sehingga lemas, kelmarin.
Menurut laporan The Sun, Tatyana O, 45, didakwa enggan bangun daripada muka suaminya, Aidar, dalam satu pergaduhan sehingga mangsa meminta maaf.
Ketika kejadian, anak kepada pasangan itu yang melihat wajah bapanya tersembam di atas katil berlari mendapatkan bantuan daripada jiran sebelum seorang wanita tiba dan menyangka itu adalah pergaduhan biasa antara suami isteri.
Tatyana bagaimanapun menjerit apabila melihat suaminya secara tiba-tiba pengsan sebelum dia memaksa jirannya kembali untuk melihat apa yang berlaku dan bertindak menghubungi pihak berkuasa.
Suami kepada tertuduh bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian.
Hasil siasatan mendapati, mangsa mati akibat asfiksia yang berpunca daripada sistem pernafasan yang tersekat ketika wajah si mangsa disembamkan ke atas tilam.
Pada masa yang sama Tatyana juga dikatakan duduk di atas leher si mangsa dan menggunakan kedua kakinya menyebabkan suaminya tidak dapat bergerak.
Tatyana yang difaham minum terlalu banyak alkohol bertindak mencekik suaminya sehingga mati dengan menggunakan punggungnya.
Suspek hanya disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat ketika perbicaraan pertama.