Remaja 17 Tahun Jana Pendapatan Lebih Lumayan Daripada Ibu Bapa Melalui TikTok – Manis Madu
Tiktok famous

Remaja 17 Tahun Jana Pendapatan Lebih Lumayan Daripada Ibu Bapa Melalui TikTok

Seorang gadis berusia 17 tahun dari bandar Milton Keynes, England memperoleh pendapatan £10,000 (RM58,236) sehari dan ia lebih tinggi berbanding gaji ibu bapanya yang bekerja sebagai penasihat kewangan.

 

Alicia Breuer membuka akaun TikTok pada Jun 2020 dan banyak melakukan aksi gerak bibir atau lip sync, lapor akhbar The Sun kelmarin.

 

Remaja perempuan itu pada mulanya merancang untuk menyambung pengajian di peringkat universiti, namun menangguhkannya selepas berjaya mendapat tajaan jenama besar seperti Lancome, Urban Outfitters, Boohoo dan Fenty Beauty.

 

“TikTok membolehkan saya melakukan ‘sesuatu’ semasa pandemik. Jika saya terus memperoleh pendapatan sehingga £10,000 sehari, saya akan fokus kepada penghasilan video dan tidak perlu belajar di universiti,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @aliciarosebreuer

Video pertama Breuer yang menjadi tular adalah menampilkan gerak bibir lagu penyanyi popular Katy Perry, Teenage Dreams.

 

Selain gerak bibir, kandungan video TikTok gadis itu turut melibatkan ulasan fesyen dan juga teknik solekan.

“Kebanyakan video saya menampilkan nyanyian gerak bibir dan ia tidak mengambil masa panjang untuk dihasilkan. Video fesyen juga hanya mengambil masa sekitar satu jam,” jelasnya.

 

Biarpun sudah tiada perancangan untuk menyambung pengajian dalam bidang psikologi, Breuer berkata, pengajar di sekolahnya menyokong perjalanan kerjaya yang dipilihnya.

Post a Comment