“Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip” Amboi! Anak Buat Baik Pun Tak Suka? – Manis Madu
“Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip” Amboi! Anak Buat Baik Pun Tak Suka_

“Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip” Amboi! Anak Buat Baik Pun Tak Suka?

Tugas dan tanggungjawab seorang ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan asas buat anak-anak tetapi terangkum bersama cara didikan agak anak itu membesar menjadi manusia yang memiliki akhlak yang baik.

 

Namun, ciapan yang tular di Twitter baru-baru ini lain pula ceritanya apabila satu pasangan ini didakwa telah melarang anak mereka daripada membuat perkara baik ketika makan di sebuah restoran makanan segera.

“Saya terjumpa satu keluarga di KFC. Lepas makan, anak kecik tu nak buang tisu dalam tong sampah tapi mak dia larang. Letak je atas meja nanti orang kutip. Anak dia pergi juga dan mak dia cakap ‘eyy nak jadi pekerja KFC keee?” tulis pemilik asal ciapan tersebut.

 

Gadis berkenaan turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap ibu bapa berkenaan dan berkata tidak menjadi satu kesalahan jika ingin membantu memudahkan pekerjaan orang lain. Lebih-lebih lagi pekerja di restoran atau pusat membeli belah.

 

Meninjau di ruangan komen ciapan itu, rata-rata netizen turut berasa ‘berang’ dengan apa yang telah dikongsikan, malah ada juga yang berkongsi kisah mereka yang lebih kurang sama seperti kejadian ibu dan anak terbabit.

Post a Comment