Lintah Darat Tiba-Tiba Cari, Rupanya Ada Yang ‘Petik Nama’ Mengaku Suami – Manis Madu
Lintah Darat Tiba-Tiba Cari, Rupanya Ada Yang ‘Petik Nama’ Mengaku Suami

Lintah Darat Tiba-Tiba Cari, Rupanya Ada Yang ‘Petik Nama’ Mengaku Suami

Baru-baru ini di laman TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Tiya Kamal ada menceritakan satu keadaan yang membuatkan dia trauma.

 

Kejadian yang baru sahaja berlaku cukup membuatkan dia serta keluarganya trauma dan takut apabila secara tiba-tiba didatangi lintah darat (ah long).

 

Perkara ini terjadi dikatakan berpunca daripada pengawal keselamatan di kawasan perumahannya yang selama ini kerap menganggu dan mengacaunya.

Menurut Tiya, setiap kali dia lalu di kawasan pondok pengawal, pasti akan diganggu pengawal keselamatan berkenaan.

 

“Setiap kali Tiya lalu dia akan cakap ‘uishh cantiknya girlfriend aku, wei lawanya’, lepas tu dia macam catcalling. Dia kata badan Tiya lawa la, baju Tiya cantik la.

 

“Kadang-kadang bila Tiya nak ambil parcel atau tunggu Grab dia macam akan kacau Tiya tau,” cerita Tiya.

 

Difahamkan sekitar hari raya baru-baru ini, pengawal keselamatan tersebut ada menghubunginya di aplikasi WhatsApp. Merasa pelik daripada mana lelaki itu mendapatkan nombornya, pengawal keselamatan berkenaan mengaku mengambil nombor telefon Tiya menerusi parcel yang sampai ke apartment itu.

 

Meskipun begitu, Tiya tidak mengendahkan ajakan lelaki tersebut untuk berkenalan atau berkawan dan bertindak untuk menyekatnya di aplikasi WhatsApp. Tidak terhenti di situ, lelaki berkenaan cuba mencarinya di Telegram pula.

 

Bercerita lanjut, Tiya berkata secara tiba-tiba dia didatangi lintah darat dan mengatakan bahawa ‘suaminya’ ada meminjam sejumlah wang.

 

“Tadi ada ah long cari Tiya, dia cakap suami Tiya pinjam duit. Tiya kata, saya tak kahwin lagi tau. Depa mai 7 orang dengan badan besar-besar, Tiya dah terketaq-ketaq dah.

 

“Dia kata, kenal tak nama ni? Tiya teringat ada seorang kawan lelaki yang nama sama tau. Aku pun call la member aku, buta kena maki. Rupa-rupanya bukan dia. Lepas dia tunjuk fotostat ic tu baru aku tau abang security guard ni yang gunakan number phone aku,” ceritanya.

 

Tiya berkata, lelaki itu menggunakan nama, nombor telefon, alamat rumah serta mengaku menjadi suaminya dan semua maklumat itu diberikan kepada lintah darat sebelum dia menghilangkan diri.

 

“Ah long tu kata, ‘kalau you tipu, I mai cari you lagi kat sini’,” tambahnya lagi.

 

Seramnya! Tak semena-mena nama kita terbabit dengan lintah darat. Siap cari di rumah! Lepas ini korang kena lebih berhati-hati jaga maklumat peribadi.

Post a Comment