“Saya Taknak MC!” Wanita Luah Rasa Kecewa Terima Layanan Ala Kadar Doktor Di Klinik Kesihatan – Manis Madu
“Saya Taknak MC!” Wanita Luah Rasa Kecewa Terima Layanan Ala Kadar Doktor Di Klinik Kesihatan

“Saya Taknak MC!” Wanita Luah Rasa Kecewa Terima Layanan Ala Kadar Doktor Di Klinik Kesihatan

Tular di laman TikTok apabila seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya ketika mendapatkan rawatan dari sebuah klinik kesihatan (KK).

 

Menurut wanita yang dikenali sebagai Sri Irdina, dia menceritakan berkenaan layanan kurang memuaskan yang diterima mengenai perkhidmatan doktor ketika mengadu berkaitan sakit yang sudah dialaminya beberapa bulan lalu.

Jelasnya, doktor berkenaan melayaninya hanya ala kadar dan seolah-olah dia datang semata-mata mahu meminta sijil cuti sakit (MC) sedangkan dia mahu melakukan pemeriksaan lanjut tentang sakit di bahagian bahu dan tengkuknya hingga menganggu aktiviti hariannya selama ini.

 

Menurutnya, doktor hanya memberi ubat tahan sakit yang berbeza tanpa mengambil kira tahap kesakitannya dan kesan daripada itu, mata kirinya mengalami bengkak secara tiba-tiba.

 

“Bila I makan ubat tu, mata I tiba-tiba bengkak. This is what happen if you tak nak ambil tahu betul-betul sakit pesakit you,” ujarnya dalam video berkenaan.

 

Wanita itu juga menjelaskan yang dia sudah pun berkunjung ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan namun hanya diberikan ubat tahan sakit yang lebih mahal.

 

Melihat ke ruangan komen, netizen kebanyakannya bersetuju dengan luahan hati wanita tersebut.

 

“Puas sangat la hati saya dengar dengar akak basuh doktor-doktor klinik kerajaan ni. Pernah pengalaman macam ni siap kena tengking,” komen seorang netizen.

 

“Kannn, kau fikir aku hadap ke MC kauuu tuu,” tambah netizen lain.

 

Anis setuju sangat part kakak ini cakap, bayangkan kalau layanan ala kadar sebegini dibuat kepada orang tua kita. Pergi klinik nak dapatkan rawatan tapi doktor buat endah tak endah dan makin melarat. Tak patut kan!

 

Mungkin betul, ramai yang datang ke klinik untuk dapatkan MC semata-mata tapi doktor tak boleh pukul rata begitu. Tak adil bagi pesakit yang datang betul-betul nak dapatkan rawatan, macam kakak ini.

Post a Comment