Lockdown Di Rumah! Jom Tengok Cara Nak Tonton Disney+ Hotstar Sekarang! – Manis Madu
Jom Tengok Cara Nak Tonton Disney+ Hotstar Sekarang

Lockdown Di Rumah! Jom Tengok Cara Nak Tonton Disney+ Hotstar Sekarang!

Bagi seluruh warga Malaysia yang menanti-nantikan kehadiran Disney+ Hotstar, kini anda boleh bergembira kerana ia telah dilancarkan hari ini!

 

Ia dikategorikan sebagai sebuah platform penstriman yang menyediakan lebih dari 800 filem dan 18,000 episod kandungan!

hotstar-disney+originals_blokbuster-adiwira

Sebelum ini, Madu pasti ada segelintir yang menonton Disney+ dengan cara yang tidak sah! Haa, khabar baiknya, sekarang sudah ada cara untuk menontonnya secara sah dan caranya adalah seperti berikut.

Untuk pelanggan Astro Movie Pack yang ada, anda boleh menikmati Disney+ Hotstar dengan hanya tambahan RM5 sebulan dalam langganan anda.

 

Halaman ‘Pengaktifan’ akan tersedia pada 1 Jun 2021 melalui astro.com.my/Disney. Maduners boleh mengaktifkan akses Disney+ Hotstar mereka melalui langkah-langkah berikut:

 

  1. Log masuk dengan ID Astro korang.
  2. Setelah log masuk, korang akan lihat halaman ‘Pengaktifan’ untuk Disney+ Hotstar.
  3. Ikuti langkah-langkah untuk pengaktifan.
  4. Setelah mengaktifkan akses, korang boleh memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar atau pergi ke DisneyPlusHotstar.my, log masuk dengan nombor telefon bimbit yang anda gunakan untuk mengaktifkan Disney+ Hotstar korang.
  5. And yeah, dah boleh mulakan penstriman di aplikasi dan / atau web!

 

Kalau Maduners belum ada ID Astro, buat jerr ID Astro sekarang melalui astro.com.my/AstroID. Pengguna Astro GO boleh menggunakan ID log masuk yang ada.

 

Bukan pelanggan Astro? Jangan risau, korang masih boleh melanggan Disney + dengan harga hanya RM54.90 selama tiga bulan melalui aplikasi Disney + Hotstar.

Haa, korang dah boleh siap-siap senarai marathon Disney+ selama dua minggu dari tajuk-tajuk yang menang anugerah hingga kandungan tempatan. 

 

Sedang elok, sekarang dah mula total lockdown kan? Duduk rumah diam-diam dan marathon semua filem-filem yang ada di Disney + Hotstar.

Post a Comment