Luangkan Masa Bersama Keluarga Sambil Jimat Elektrik? Korang Wajib Tahu Tip Ini! – Manis Madu
Luangkan Masa Bersama Keluarga Sambil Jimat Elektrik2

Luangkan Masa Bersama Keluarga Sambil Jimat Elektrik? Korang Wajib Tahu Tip Ini!

Waktu sekarang mesti ramai yang bekerja dari rumah, dah sudah tentulah perkara ini boleh menyebabkan penggunaan tenaga elektrik di rumah akan meningkat.

 

Tapi ada rahsia dan tip sebenarnya nak jimat penggunaan elektrik di rumah yang ramai masih tak tahu!

 

Maduners jangan terlalu risau sebab Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebenarnya dah  kongsi dengan kita cara nak jimat tenaga dengan lebih efisien tapi pada masa yang sama boleh mengeratkan hubungan serta silaturahim bersama keluarga.

#1  Kurangkan Tonton Televisyen & Penggunaan Telefon Pintar

TVC Static_SCRIPT 1 BM-768

Ramai yang cakap waktu PKP mesti dapat luangkan masa bersama keluarga di rumah, tapi tak sedar sebenarnya lebih banyak ‘luangkan’ masa dengan televisyen dan telefon pintar berbanding keluarga.

 

Apa kata Maduners ‘switch off’ gajet dan peralatan elektronik seperti televisyen dan telefon untuk luangkan masa sebenar-benarnya bersama keluarga tersayang. 

 

Kan jimat elektrik! Tip extra, Maduners boleh try main catur dengan anak-anak ala-ala macam The Queen’s Gambit dalam Netflix!

#2 Main Masak-Masak?

shutterstock_755973964-768

Bukan main masak-masak dengan anak kecil kita tapi ini maksudnya kita masak dan makan bersama-sama dengan keluarga kita. 

 

Dua perkara yang bagusnya di sini adalah kita dapat luangkan masa bersama keluarga dan juga jimat penggunaan elektrik.

 

Untuk jimatkan penggunaan tenaga elektrik bagi peti sejuk, Maduners boleh sejukkan dulu makanan lebihan yang masih panas sebelum menyimpan makanan tersebut dalam peti sejuk.

 

Bila masak bersama dan kemas selepas makan, sudah tentu dapat meringankan beban pasangan anda. Kalau tak pandai masak, teman di dapur hiburkan hati pasangan kita pun dah cukup, mesti dia seronok!

#3 Manfaatkan Cahaya Matahari, Lebih Jimat Di Siang Hari 

TVC Static_SCRIPT 3 BM-768

Tip ini bunyi macam mudah tapi sebenarnya ramai orang ambil ‘mudah’! 

 

Kalau Maduners nak tahu, kain baju yang sudah siap dicuci tu, cuba keringkan di bawah cahaya matahari daripada menggunakan mesin pengering. Haa… boleh jimat banyak tenaga tau.

 

Dan satu lagi tip, masa cuci baju tu, cuba gunakan air suhu biasa berbanding air panas untuk jimat lagi tenaga. Extra savings!

#4 Lakukan Kerja Bersama-sama Keluarga

shutterstock_1713818305-768

Sewaktu PKP ini, ibu bapa kena Bekerja Dari Rumah (BDR) dan anak-anak pula kena ikuti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).

Jadi tip untuk anda jimat penggunaan elektrik adalah dengan melakukan perkara tersebut di ruangan rumah yang sama.

 

Bila lakukan di ruangan yang sama, kita dapat berkongsi penghawa dingin, kipas dan juga lampu rumah berbanding di ruangan yang berasingan.

TNB dah kongsi tip untuk kita bukan saja jimat penggunaan tenaga elektrik tapi pada masa yang sama boleh lakukan aktiviti best dengan keluarga. 

 

Itu baru 4 tip, TNB kongsi sampai 20 tip di laman sesawang mereka, kalau nak tahu tip yang lain, korang boleh baca di Welcome to myTNB Portal – Tips & Tricks

Post a Comment