Macam Masuk Pertandingan Kuiz, Soalan Annoying Dari Bawang Rangers Masa Hari Raya! – Manis Madu
Macam Masuk Pertandingan Kuiz, Soalan Annoying Dari Bawang

Macam Masuk Pertandingan Kuiz, Soalan Annoying Dari Bawang Rangers Masa Hari Raya!

Hari Raya merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam sebagai salah satu perayaan untuk meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan. Malah bangsa lain pun ada yang menyambutnya juga.

 

Pasti banyak perkara dan pengalaman yang berlaku setiap kali hari raya menjelang. Lagi-lagi kalau dapat berjumpa dengan pakcik makcik dan sanak saudara yang lain.

 

Jadi, hari ini Miera nak share dengan Maduners semua antara soalan-soalan atau kenyataan yang agak annoying bila berjumpa makcik-makcik bawang masa hari raya.

#Dah Gemuk Sekarang

Soalan macam ini buat korang badmood sepanjang hari. Lagi-lagi kalau perempuan yang kena macam ini. Baru berniat nak makan banyak terus terbatal niat.

 

Pelikkan? Kita kurus salah kita gemuk salah. Jadi abaikan soalan macam ini, yang penting korang gembira dengan hidup korang. Raya setahun sekali saja, makan jerr!

#Bila Nak Kahwin?

Bila Nak Kahwin

Ini soalan paling famous ditanya oleh makcik-pakcik setiap kali balik beraya. Selagi tak kahwin selagi itulah dorang akan tanya soalan yang sama. Sampai korang pun rasa nak termuntah dah dengar soalan macam itu.

 

Kalau dah selalu sangat jadi macam itu lebih baik Maduners sediakan jawapan siap-siap. Tak adalah pecah kepala nak fikir nanti.

#Tak Ada Isi Lagi Ke?

Tak Ada Isi Lagi Ke

Bila tak kahwin asyik bertanya bila nak kahwin, dah kahwin ditanya soalan yang lain pula? Memang tidak dapat dinafikan soalan macam ini agak sensitif bagi mereka yang belum mempunyai zuriat.

 

Siapa sahaja kan yang tak mahukan anak. Walau apa pun, Maduners yang masih menunggu zuriat teruskan doa dan usaha. Rezeki, jodoh ajal dan maut semua ditangan tuhan. Kalau Tuhan kata ada tetap ada. Jadi, bersabarlah.

#Pakai Kereta Apa Sekarang

Pakai Kereta

Kadang-kadang ada sesetengah makcik dan pakcik kita suka sangat membezakan kita dengan yang lain. Sampai ada yang bersaing siapa yang lagi hebat.

 

Hmm! Apa salahnya kalau kita hidup bersederhana yang penting duit kita dapat itu halal betul tak?

#Masih Menyewa? Bila Nak Beli Rumah Sendiri?

Masih Menyewa

Kadang-kadang rimas juga dibuatnya. Agaknya mereka ingat beli rumah macam beli gula-gula. Zaman sekarang ini pula semua benda mahal apatah lagi untuk memiliki sebuah rumah.

 

Tapi untuk tidak menimbulkan masalah Maduners jawablah dengan cara yang baik. Jangan tarik muka atau melenting pula. Kadang-kadang mereka cuma nak ajak berborak dan beramah mesra. Janganlah terlalu ambil hati.

 

Agak-agak dalam lima soalan ini mana yang Maduners pernah kena?

Post a Comment