‘Macam Nak Gugur Jantung’, Eina Azman, Suami & Pembantu Rumah Positif Covid-19 – Manis Madu
‘Macam Nak Gugur Jantung’, Eina Azman, Suami & Pembantu Rumah Positif Covid-19

‘Macam Nak Gugur Jantung’, Eina Azman, Suami & Pembantu Rumah Positif Covid-19

Semalam menerusi laman Instagramnya, pelakon Datin Eina Azman berkongsi berita sedih apabila dia, suaminya Datuk Gurmeet Abdullah serta dua orang pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran tersebut, dia meluahkan perasaan terkejut dengan keputusan tersebut kerana tidak tahu bagaiamana mereka boleh positif virus tersebut.

 

“Macam nak gugur jantung bila dapat keputusab sebab saya selalu buat ujian Covid. Bahkan minggu lepas saya dan suami baru saja buat ujian Covid sebelum buat pembedahan dan keputusan yang keluar adalah negatif.

 

Menurut Datin Eina Azman, dirinya tak tahu macam mana boleh dijangkiti dan disahkan positif penyakit itu dalam masa seminggu selepas disahkan negatif dari ujian Covid-19.

 

“Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh kena”.

 

Katanya lagi, dia tidak sampai hati melihat anak kembarnya Arianna Aubrey dan Karl Kareef terpaksa melakukan ujian saringan Covid-19 tetapi bersyukur kerana keputusan ujian saringan adalah negatif.

 

“Sedih yang amat bila terpaksa tengok anak-anak buat ujian Covid dengan menangis. Saya mmg tak sampai hati tengok tapi alhamdullilah nasib baik keputusan negatif termasuklah kakaknya Wendy Azman.

 

“Sekarang saya dah mula demam panas dan dah mula batuk. Cuma keadaan suami saya kurang baik sebab demam terlalu panas dan oksigen dia turun naik, jadi setiap 2 hari  kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor untuk pantauan dan menjalani ujian X-ray,” katanya.

 

Eina Azman juga menyambung pada hantaran tersebut dengan berkongsi, dia speechless kerana kejadian ini juga berlaku pada hari sambutan ulang tahun perkahwinan mereka, tetapi tetap menerima dengan hati yang terbuka.

 

Hari ini pula ulang tahun perkahwinan kami, jadi pula macam ini. Ya allah memang speechless. Apapun saya percaya ini semua ketentuan allah dan kami terima dengan hati yang terbuka.

Post a Comment