Majlis Kahwin Kurang Bajet Dera Tetamu! Makanan Tak Cukup, Siap Kena Cuci Pinggan Sekali – Manis Madu
Makanan Tak Cukup, Kena Cuci Pinggan Pula, Majlis Kahwin Kurang Bajet Dera Tetamu

Majlis Kahwin Kurang Bajet Dera Tetamu! Makanan Tak Cukup, Siap Kena Cuci Pinggan Sekali

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman Reddit, beliau mengatakan bahawa beliau telah dijemput ke sebuah majlis perkahwinan yang sangat gah dan mewah.

 

Namun, di sebalik kemewahan itu, kebanyakan hal-hal lain seperti upah pekerja, bayaran makanan juga terpaksa dipotong kerana terlalu inginkan baju dan juga dekorasi yang cantik.

 

Menurut Mirror UK, wanita itu dan juga 9 tetamu lain terkejut apabila setelah majlis tamat, mereka 10 orang diberi tugas untuk membasuh pinggan dengan alasan penganjur tidak mampu mengupah seseorang untuk melakukannya.

 

“Pengantin membelanjakan sejumlah wang yang tinggi untuk lokasi majlis dan juga pengantin perempuan (diakui cantik) sehinggakan mereka terpaksa membuat konsep layan diri untuk tetamunya.

 

“Rupa-rupanya, tetamu perlu menyewa pinggan mangkuk yang digunakan untuk makan dan jika tidak memulangnya dalam keadaan bersih pada waktu malam, mereka tidak akan memulangkan deposit”, katanya lagi.

 

Tidak cukup dengan itu, makanan ketika majlis diadakan juga tidak mencukupi untuk semua tetamu.

Post a Comment