Majlis Kahwin Terpaksa Batal, Pengantin Beri Lauk Kenduri Buat Mangsa Banjir!
Bencana banjir yang melanda negara ketika ini sangat luar biasa dan dahsyat! Ramai mangsa yang terkesan malah ada yang meragut nyawa. Bantuan juga mula giat dijalankan di kawasan-kawasan terjejas.
Di tengah kekacauan ini, sepasang pasangan pengantin yang terpaksa membatalkan majlis mereka yang sepatutnya dijalankan pada 19 Disember 2021 di kawasan Meru, Klang bertindak untuk memberi makanan lauk kenduri mereka buat mangsa banjir.
@erinereneMkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH #banjir #banjirklang #merubanjir #mangsabanjir♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Perkara itu dilakukan di Sekolah Menengah Meru Klang, Selangor dekat pusat pemindahan banjir. Difahamkan pihak catering juga turut turun padang dalam menyediakan makanan.
Usaha mulia ini mendapat perhatian warganet dan rata-rata memuji serta mendoakan pasangan tersebut.
“Semoga pihak keluarga pengantin dimurahkan rezeki,” antara doa yang dititipkan warganet buat pasangan ini.