Rakyat Bersatu Hati Salurkan Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Twitter – Manis Madu
Rakyat Bersatu Hati Salurkan Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Twitter

Rakyat Bersatu Hati Salurkan Bantuan Buat Mangsa Banjir Di Twitter

Terkesan dengan apa yang dialami penduduk di Semenanjung Malaysia terutamanya di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak dan yang kini sedang mengalami bencana banjir.

 

Orang ramai mula meninggalkan pelbagai reaksi menerusi ciapan di laman Twitter dengan menggunakan tanda pagar yang berbeza sebagai semangat dan usaha mereka untuk membantu mangsa banjir.

 

Antara tanda pagar yang kerap digunakan adalah #DaruratBanjir, #MayAllah, #Ya Allah, #KitaJagaKita.

Menerusi laman Twitter, rata-rata rakyat Malaysia bersatu hati dalam membantu antara satu sama lain dengan berkongsikan kisah mangsa menerusi ciapan agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Mereka turut berkongsi gambar dan video yang memaparkan keadaan kawasan-kawasan sekitar yang telah ditenggelami air banjir dan ada juga penduduk yang terpaksa berteduh di atas bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

 

Ada juga pengguna yang berkongsi kisah pengalamannya sendiri sebagai mangsa banjir dengan memuat naik ciapan di laman Twitter dan menerima banyak komen dari orang ramai yang sentiasa memberi kata-kata semangat.

 

Bantuan seperti bot, makanan dan minuman malah tempat berteduh antara perkara yang ditawarkan oleh warga Twitter dalam usaha membantu mangsa terjejas.

Terharu betul tengok usaha rakyat di Twitter salurkan bantuan. Ada yang sampai berjaga sepanjang malam dan turun padang. Salute!

Post a Comment