Makan Di Restoran Terkenal, Tiba-Tiba Muncul Dua Ekor Tikus!
Sebagai pengusaha restoran atau kedai makan, kebersihan mesti menjadi keutamaan. Kalau persekitaran dapur tak bersih, makanan yang disediakan untuk pelanggan mungkin boleh menjejaskan kesihatan.
Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna @Azwinshafinaz ada memuat naik satu tangkap layar IG story tentang situasi di sebuah restoran terkenal.
#pavillionKL dont take this likely! Rat urine can cause death to people. Even more disgusting it happened during service time 🤢 she informed the workers on this, what did they do? They just stare at it and laughed! Not shoo-ing or close service! But Laughed pic.twitter.com/x3d0Q48LjK
— Azwin Shafinaz (@Azwinshafinaz) December 7, 2021
Melalui tangkap layar tersebut, dapat dilihat dua ekor tikus berkeliaran dalam kawasan restoran.
“Perlu lebih berhati-hari di mana sahaja. Saya sangat sedih kerana restoran ini adalah salah satu cawangan terkenal. Tengah makan tiba-tiba ada dua ekor tikus keluar,” luah wanita tersebut.
Difahamkan, dia sudah memaklumkan kepada pihak restoran tentang perkara itu tetapi pekerja restoran itu tidak mengendahkan dia.
Selain itu, wanita tersebut juga berkata terdapat seorang wanita tanpa memakai pelitup muka menjual tisu di dalam restoran terbabit tanpa menjaga jarak fizikal.
“Ada juga perempuan tanpa pelitup muka datang sangat dekat dengan ayah saya untuk menjual tisu ketika kami sedang makan. Saya faham semua orang sedang struggle tapi tolong jaga jarak!!” kongsi wanita itu lagi.