Wanita Terkejut Dalam Akaun Bank Tiba-tiba Ada RM4.3 Juta! – Manis Madu
Wanita Terkejut Dalam Akaun Bank Ada £775,000

Wanita Terkejut Dalam Akaun Bank Tiba-tiba Ada RM4.3 Juta!

Seorang wanita terkejut apabila mendapati wang sebanyak £775,000 (RM4.3 juta) dimasukkan ke dalam akaun banknya oleh Jabatan Cukai dan Hasil Diraja (HMRC), lapor akhbar Daily Star kelmarin.

 

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu menunggu lebih setahun untuk HMRC menyedari kesilapannya dan mengambil semula wang tersebut.

 

Ibu  lima anak yang bekerja sendiri itu menyedari perkara tersebut apabila menyemak penyata akaun banknya pada Ogos 2020 dan menyifatkan pengalaman itu ‘luar biasa’, tetapi dengan pantas bertukar menjadi  ‘mimpi ngeri’.

 

Pihak HMRC yang dihubungi bank Guardian mendapati seorang kakitangannya telah membuat kesilapan ketika cuba membuat pulangan cukai kepada wanita berkenaan berjumlah £23.39 (RM130.76).

 

Ketakutan terbesar wanita itu adalah didakwa oleh HMRC di bawah Seksyen 24A Akta Kecurian 1968 kerana kesalahan menyimpan wang bukan miliknya. 

 

Jurucakap HMRC bagaimanapun memberitahu wanita itu bahawa organisasi tersebut ‘benar-benar mahu membantunya’ dalam kes itu.

 

“Kami mohon maaf atas kesulitan dialami individu tersebut dan sedang berusaha mendapatkan semula wang tersebut. Untuk jumlah yang telah dibelanjakan individu itu, kami akan bekerjasama dengannya untuk mengatur pembayaran balik dengan mengambil kira keadaan kewangannya,’’ kata pihak HMRC.

 

HMRC turut berkata, seorang penasihat pengurusan hutang akan menghubungi wanita itu bagi menetapkan jumlah yang mampu dibayar balik pada setiap bulan. 

 

Wanita itu telah ditawarkan untuk membayar balik baki itu selama lima tahun.

Post a Comment