Makin Berani! Hantar Surat Mahkamah Taktik Terbaru Scammer – Manis Madu
Makin Berani! Hantar Surat Mahkamah Taktik Terbaru Scammer

Makin Berani! Hantar Surat Mahkamah Taktik Terbaru Scammer

Kegiatan scammer yang menipu duit orang ramai dengan pelbagai modus operandi nampaknya masih tiada titik noktah.

 

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang pengguna memuat naik gambar sepucuk surat yang diterima kononnya surat dari pejabat Mahkamah Persekutuan.

Ternyata, surat itu telah dipalsukan dan dihantar bertujuan untuk menipu orang ramai. Sekarang dia pakai surat gais!

 

“Makin berani scammer sekarang. Dipalsukan surat dari pejabat Mahkamah Persekutuan macam tu je. Kalau korang dapat surat macam ni, semak dulu,” ciapnya.

 

Mujur penerima ‘surat mahkamah’ itu tidak bertindak melulu dan berjaya mengesan perkara yang tidak kena pada surat terbabit. 

 

“Mungkin scammer kena pi kursus jadi ‘secretary’ dulu. Baru mahir bab nak karang surat. Spacing perenggan pun dah tak sama. Logo macam skew banyak sangat. 

 

Cubaan pertama guna surat mungkin. Sebab taktik panggilan telefon dah ramai yang tahu. Mohon sebar kepada semua,” tambahnya lagi.

 

Di ruangan komen, netizen lain turut memperincikan lagi kepalsuan surat itu dengan mengeluarkan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya ada dalam surat rasmi.

 

Makin berani tindakan scammer ini! Kalau orang muda mungkin boleh bezakan dan cepat kenalpasti tapi bagaimana pula dengan golongan yang lebih berusia. Tak mustahil mudah tertipu!

Post a Comment