Maksud Sebenar Emoji ‘Monyet Tutup Muka’, Rupanya Bukan Malu Atau Takut! – Manis Madu
Maksud Sebenar Emoji ‘Monyet Tutup Muka’

Maksud Sebenar Emoji ‘Monyet Tutup Muka’, Rupanya Bukan Malu Atau Takut!

penggunaan emoji untuk berkomunikasi di zaman teknologi seperti sekarang bukanlah satu perkara asing. Emoji kerap digunakan untuk melengkapi ayat ketika pengguna menghantar pesanan terutama dalam media sosial.

 

Emoji ada makna dan falsafah yang sesuai dengan bentuk emoji itu sendiri seperti emoji ‘monyet menutup mata’.

See No Evil Monkey Emoji

Menurut halaman Emojipedia, emoji itu merupakan salah satu dari kewujudan Three Wise Monkey iaitu peribahasa Jepun yang dilambangkan dengan tiga ekor monyet yang menutup mata, telinga dan mulut.

Three Wise Monkey

Ketiga-tiganya melambangkan ‘sees no evil, hears no evil dan speaks no evil’.

 

Dalam istilah bahasa Jepun, emoji monyet yang sedang menutup mata dikenali dengan sebutan ‘See No Evil Monkey’ iaitu tidak ingin melihat kejahatan.

 

Emoji itu sudah menjadi sebahagian daripada unikod sejak 2010 dan dikemas kini pada 2015. 

 

Dalam sisi lain, emoji monyet berwarna coklat itu selalu diguna bagi menggambarkan ekspresi rasa malu dan takut sehingga menutup kedua-dua matanya dengan tangan.

Sumber Gambar: Emojipedia

Post a Comment