Manusia Lagi Binatang Dari Binatang! Kekejaman Terhadap Haiwan Seharusnya Dihentikan! – Manis Madu
Kekejaman Terhadap Haiwan Seharusnya Dihentikan

Manusia Lagi Binatang Dari Binatang! Kekejaman Terhadap Haiwan Seharusnya Dihentikan!

Isu tentang kekejaman atau keganasan terhadap haiwan bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita. Media dihidangkan dengan pelbagai jenis cerita tentang isu ini yang makin hari makin tidak masuk akal kekejamannya.

Stop Animal Cruelty and Abuse in China

Sumber Gambar: www.change.org

Kekejaman terhadap haiwan atau animal cruelty adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia terhadap haiwan samada berbentuk menyiksa, mengabaikan, menyebabkan berlaku kemudharatan kepada haiwan.

 

Madu agak panas hati ya bila timbul kes kekejaman terhadap haiwan! Contonya kejadian bakar kucing hidup-hidup, memberi makanan bercampur paku kepada anjing, menangkap haiwan untuk mengambil bahagian tubuh mereka dan dijadikan bahan dagangan atau alat ujikaji.

 

Kali ini Madu nak ajak Maduners untuk kita sama-sama memberi sokongan terhadap kempen hentikan keganasan terhadap haiwan.

#1 Memilih Produk yang Tepat

Pemilihan produk untuk kegunaan harian samada produk kosmetik, barang dapur, ubat-ubatan dan lain-lain adalah antara usaha yang boleh korang lakukan.

rabbit

Sumber Gambar: www.the-scientist.com

Seeloknya elakkan produk yang tertulis diuji pada haiwan atau ‘animal tested’. Jika pada produk yang korang gunakan tertulis ayat tersebut itu menandakan produk tersebut telah diuji pada haiwan terlebih dahulu.

 

Untuk pengetahuan Maduners, ujian yang dilakukan itu akan menyebabkan kesan sampingan fizikal yang menyakitkan, haiwan dibunuh atau mati secara tidak sengaja semasa proses tersebut dijalankan. Kejam!

#2 Elakkan Membeli Produk Berasaskan Haiwan

Animal cruelty on the rise in Malaysia

Sumber Gambar: NST

Madu pernah tengok satu video yang mendedahkan proses menghasilkan barangan yang diperbuat daripada sumber haiwan. Misalnya kasut, beg, tali pinggang, barangan perhiasan dan banyak lagi.

 

Haiwan tersebut akan dikumpulkan pada satu tempat dan akan dipukul hingga mati sebelum mereka mengambil kulit atau bahagian tubuh mereka untuk dijadikan produk.

 

Maka, Madu sarankan pada korang untuk hentikan beli barangan yang diperbuat daripada bahagian tubuh haiwan. Jika kita terus membeli, ia seolah-olah kita yang melakukan perkara tersebut terhadap binatang walaupun hakikatnya tidak. Tolong ya!

#3 Aktifkan Diri Sebagai Aktivis

Walaupun tidak banyak, namun masih ada individu yang menubuhkan organisasi dan bergiat aktif dalam menentang keganasan terhadap haiwan.

Los Angeles Protestors

Tidak kurang juga mereka yang bergerak secara individu. Maduners juga boleh mula mengaktifkan diri sebagai salah seorang aktivis dan mula menyebarkan kesedaran tentang perkara ini kepada masyarakat.

 

Mungkin bergiat aktif sebagai aktivis dilihat agak membebankan maka, korang boleh mulakan dengan langkah kecil terlebih dahulu seperti menyebarkan poster berkaitan di sosial media korang.

#4 Ubah Makanan

Bertukar kepada Vegan atau Vegetarian dipercayai merupakan antara cara terbaik bagi mengekang kekejaman haiwan. Ini kerana, seorang Vegan tidak akan mengambil makanan atau produk yang berasaskan haiwan.

Diet Vegan

Bagi kaedah ini juga Maduners boleh mulakan dengan baby step terlebih dahulu. Mungkin mula menjadi Vegan atau Vegetarian selama beberapa hari dalam seminggu terlebih dahulu sebelum dapat menyesuaikan diri mengamalkannya secara penuh masa.

#5 Laporkan Jika Berlaku Kes

Jika Maduners nampak kes kekejaman haiwan berlaku, tidak kiralah dalam kawasan kejiranan, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja, laporkan kepada pihak berkenaan dengan kadar segera.

Ada juga kes kekejaman manusia yang sanggup memuat naik video berkaitan di media sosial. Lengkap pakej berbangga lagi! Kes begitu juga laporkan pada pihak berkuasa ya!

 

Kekejaman dan kezaliman terhadap haiwan boleh diklasifikasikan sebagai jenayah! Madu tak faham, apa salah dan dosa haiwan tersebut sehingga ada yang sanggup berlaku zalim terhadap mereka.

 

Semoga perkara ini dapat dihentikan dan mereka mendapat kasih sayang sewajarnya dari kita. Haiwan juga makhluk bernyawa yang punya perasaan.

Sumber: ms.10steps.org

Post a Comment