Masak Maggi Dalam Sinki Hotel, Tindakan Kurang Bijak Ini Dikecam Hebat! – Manis Madu
Masak Maggi Dalam Sinki Hotel, Tindakan Kurang Bijak Ini Dikecam Hebat!

Masak Maggi Dalam Sinki Hotel, Tindakan Kurang Bijak Ini Dikecam Hebat!

Maggi adalah antara makanan yang sering menjadi penyelamat di saat kelaparan. Bukan sahaja sedap malah boleh disediakan dalam tempoh yang singkat. Walaupun mi segera ini sering dikatakan berbahaya untuk kesihatan namun tetap juga ada yang sering menjadikannya sebagai pilihan utama.

 

Bercakap tentang mi segera, terbaharu tular sebuah video di laman TikTok tentang sekumpulan lelaki yang memasak mi segera di dalam sinki hotel kerana dikatakan pihak hotel tidak menyediakan mangkuk dan juga sudu.

Menerusi video itu, dilihat dua bungkus maggi direndamkan dalam sinki manakala berus gigi dijadikan chopstick. Hmm, kembang anak tekak!

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada mereka mengecam dan marah dengan tindakan lelaki berkenaan dan menyifatkan mereka sebagai pengotor. Mana tidaknya, sinki itu pada asalnya dijadikan tempat membersih kotoran.

 

“Bayangkan dalam sinki tu tempat buang rokok, kahak, najis anak, muntah, selsema. Apa ada dalam otak diorang, tak fikir yang tu ka oii?” tulis @onlywawa di laman Twitter.

 

Selain itu, seorang bekas pekerja housekeeping turut memberi komen tentang perkara itu.

 

“Saya sebagai bekas pekerja housekeeping, ketahuilah, kami cuci semua benda dalam toilet. Biasanya sinki last sekali. And kami gunakan kain yang sama untuk lap tandas dan sinki. Untuk keringkan air ya. Memang begitulah cara cucinya. Jadi tolonglah jangan buat begitu, kotor, sekian.

 

“Kalau kau dapat orang yang bekerja malas-malas lagi teruk. Silap kain yang dia sental dekat tandas tu, dia guna untuk lap dekat sinki sekali. Mak aih, kotoq weh! Beli jela Maggie cup apa susah eee!” tulisnya di ruangan komen.

 

Pada pendapat Madu, memang tak patut perkara macam ini berlaku. Terdesak macam mana sekali pun, memasak mi segera dalam sinki hotel bukanlah satu perkara yang bijak!

 

Selain akan menyusahkan pekerja hotel untuk membersihkan sisa makanan, tahap kebersihan hidangan itu juga patut diberi perhatian.

Post a Comment