Masuk Kawasan Larangan, Sekali Kena Tarik Dengan Orang Utan! – Manis Madu
Masuk Kawasan Larangan, Sekali Kena Tarik Dengan Orang Utan!

Masuk Kawasan Larangan, Sekali Kena Tarik Dengan Orang Utan!

Tular dan kecoh media sosial dengan satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berdepan detik cemas apabila ditarik oleh seekor orang utan di sebuah zoo dipercayai di Kasang Kulim, Pekanbaru, Riau.

 

Lelaki yang dikenali sebagai Hasanal Arifin itu secara tiba-tiba ditarik orang utan yang diberi nama Tina ketika merekod dirinya cuba bermain-main bersama haiwan yang berada di dalam kandang.

Hasanal juga kelihatan panik dan menjerit meminta pertolongan kerana semakin takut selepas enggan dilepaskan orang utan itu.

 

Mujur ada rakannya yang membantu selepas orang utan itu dilihat semakin agresif hingga mahu menggigit Hasanal selain memeluk kakinya dengan kejap.

 

Berdasarkan komen warganet, Hasanal dikatakan telah bertindak memasuki kawasan larangan yang mana pelawat tidak dibenarkan untuk masuk, hanya untuk pekerja zoo.

 

Video berkenaan mendapat respon yang pelbagai dari warganet. Ada yang berpuas hati selepas lelaki itu ‘mendapat balasan’ kerana memasuki kawasan larangan dan ada juga yang merasakan ia perkara lucu.

 

Waduh waduh, nasib baik tak hilang kaki kena gigit orang utan bang! Lepas ini kalau tempat itu tak dibenarkan masuk dan kawasan terlarang, jangan la nak masuk juga. Cari penyakit namanya!

Post a Comment