Maut Ditembak Ketika Sedang Melakukan Protes di Perhimpunan Damai Breonna Taylor – Manis Madu

Maut Ditembak Ketika Sedang Melakukan Protes di Perhimpunan Damai Breonna Taylor

Penembakan di Louisville Park Central, Kentucky, meragut nyawa seorang penunjuk perasaan yang terlibat dengan protes Breonna Taylor.

Amaran: Video mengandungi kandungan melibatkan keganasan yang mampu menyebabkan panik dan kegelisahan kepada penonton.

 

Seorang lelaki berkulit putih melepaskan tembakan ke atas sekumpulan penunjuk perasaan damai di Louisville Park Central, Kentucky, pada 28 Jun 2020. Menurut laporan Erin Mendell, beliau mendakwa terdapat seorang penunjuk perasaan maut dan seorang lagi tercedera.

 

CNN juga telah melaporkan bahawa pihak polis Louisville telah mengarahkan semua penunjuk perasaan untuk mengosongkan Louisville Park Central demi melakukan siasatan selanjutnya. Para penunjuk perasaan tidak dibenarkan untuk bermalam di kawasan tersebut atas tujuan keselamatan, tetapi perhimpunan aman boleh dilakukan pada waktu siang.

Sumber Gambar: insideedition.com

Pada 13 Mac yang lalu, wanita berkulit gelap, Breonna Taylor, 26, dibunuh dengan sekurang-kurangnya 8 das tembakan oleh beberapa anggota polis Louisville yang menyerbu rumahnya pada waktu tengah malam. Pada ketika itu, mangsa telahpun tidur bersama teman lelakinya, Kenneth Walker.

Sumber Gambar: wlky.com

Menurut The New York Times, sebelum kejadian tersebut berlaku, pihak polis Louisville sedang menyiasat dua orang lelaki yang dipercayai menjual dadah berdekatan dengan rumah Breonna Taylor. Beliau juga dituduh bersubahat dalam kes tersebut yang mendorong keganasan ini untuk untuk berlaku.

 

Selain itu, pihak polis Louisville juga dikatakan telah diberi kebenaran oleh seorang hakim untuk menyerbu rumah mangsa tanpa amaran atau tanpa mengenal pasti diri mereka untuk tujuan penggeledahan.

 

Walau bagaimanapun, setelah menggeledah dan mengakibatkan kematian, tiada dadah dijumpai di dalam kediaman Breonna Taylor.

Sumber Gambar: dpglaw.com.uk

Insiden tragis ini telah membangkitkan kemarahan penduduk barat kerana melibatkan isu perkauman yang masih berleluasa di Amerika Syarikat. Sehingga hari ini, protes #BlackLivesMatter masih giat diperlakukan demi mencapai keadilan masyarakat.

Post a Comment