Netizen Bengang Bil Elektrik Tak Masuk Akal, Bantuan Prihatin Elektrik Sedia Membantu – Manis Madu
Netizen Bengang Bil Elektrik Tak Masuk Akal, Bantuan Prihatin Elektrik Sedia Membantu

Netizen Bengang Bil Elektrik Tak Masuk Akal, Bantuan Prihatin Elektrik Sedia Membantu

Bil elektrik bulan ini mencekik darah? Nasib baik ada Bantuan Prihatin Elektrik.

Madu ada dengar yang ramai netizen marah betul dekat Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini.

 

Yalah kan, siapa sahaja yang tak marah kalau bil elektrik tiba-tiba naik dengan mendadak! Lagipun, ada segelintir rakyat yang sumber pendapatannya terjejas selepas wabak Covid-19 melanda.

Sudah semestinya kalau dah kena kecaman dan rungutan rakyat, TNB telah pun bergabung tenaga dengan kerajaan untuk melancarkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE).

 

Kiranya, TNB ingin cuba untuk meringankan beban yang melanda rakyat dalam bentuk kewangan.

BPE_infografik_Bantuan Prihatin Elektrik

Apa itu Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?

Menurut TNB, BPE adalah bantuan daripada pihak kerajaan dan TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

Siapakah yang layak menerima BPE?

Mestilah semua pelanggan domestik TNB! Dah bil melambung-lambung naik, takkan pula ada yang tersisih. Jumlah bantuan akan dimasukkan secara sekali gus ke dalam bil bulan Julai 2020, jangan risau.

Adakah saya perlu memohon untuk menerima BPE?

Tidak, pelanggan TNB akan mendapat bantuan tambahan ini secara automatik. Tiada permohonan perlu dilakukan.

 

Walaupun dilanda kemarahan, ada juga netizen yang turut membuat sindiran manja yang Madu rasa cukup menghiburkan. Cuba tengok ini:

Memang Madu tergelak tengok telatah warga Twitter. Tidak mengapa, pihak kerajaan semestinya sedang berusaha untuk membetulkan keadaan ini. Maduners semua bawa bersabar.

 

Kepada Maduners yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Bantuan Prihatin Elektrik, bolehlah melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin.

Sumber Featured Image: SinarPlus

Post a Comment