McCafe Kurma, Minuman Baru Daripada McDonalds Di Bulan Ramadan – Manis Madu

McCafe Kurma, Minuman Baru Daripada McDonalds Di Bulan Ramadan

Bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam di Malaysia sudah tiba iaitu bulan Ramadan.

 

Kalau Maduners nak tahu, untuk bulan Ramadan akan datang ini, McDonalds akan lancarkan minuman baru iaitu McCafe Kurma.

Dengar saja dah buat Madu begitu teruja dan ingin mencuba minuman baru ini yang menggunakan kurma sebagai bahan utama dalam tiga jenis minuman.

Antara tiga minuman tersebut yang menggunakan kurma adalah Latte Kurma Ais, Susu Kurma Ais, dan Kurma Ais. Dengar saja nama-nama minuman ini pun dah buat Madu rasa terliur.

Ini adalah kali pertama McDonalds menggunakan kurma sebagai bahan dalam minuman di McCafe.

 

Minuman-minuman tersebut diperbuat menggunakan esktrak sebenar kurma yang mana akan memberikan Maduners rasa keenakan kurma dan aroma yang begitu asli apabila diminum.

 

Bayangkan kesedapan tiga jenis air ini diminum sewaktu berbuka puasa atau pada waktu sahur, tambah pula digabungkan sebagai minuman bersama hidangan set yang ada di McDonalds. Nikmatnya!

via Giphy

Tiga jenis minuman ini iaitu Latte Kurma Ais, Susu Kurma Ais, dan Kurma Ais akan berada di McCafe bermula daripada 20 April hingga 20 Mei 2020 sahaja.

Post a Comment