Memandu Guna Kaki Pergi Drive Thru, Wanita Ini Cuba Buktikan Sesuatu – Manis Madu
Memandu Guna Kaki Pergi Drive Thru, Wanita Ini Cuba Buktikan Sesuatu

Memandu Guna Kaki Pergi Drive Thru, Wanita Ini Cuba Buktikan Sesuatu

Seorang wanita yang memandu dengan menggunakan kaki dengan cekap dan tidak kekok mendapat perhatian warganet.

 

Perkongsian yang dilakukan oleh @FarrahSyahirah di laman TikTok memperlihatkan dirinya yang mahu membeli makanan secara pandu lalu, memandu kereta menggunakan kedua kaki dengan sangat baik.

@norfarrahsyahirahshaariSetiap kali pergi ke drive thru saya akan bayar sendiri.. 🙏 Sempat ‘say hai’ lagi tu😄☺☺♬ You Are The Reason – Alex Porat

Wanita istimewa itu juga dilihat membayar makanannya sendiri dengan menghulurkan duit juga menggunakan kaki kepada juruwang sebelum bergerak ke kaunter seterusnya.

 

“Setiap kali pergi ke drive thru saya akan bayar sendiri. Sempat ‘say hai’ lagi tu,” tulisnya di ruangan caption.

 

Perkara itu merujuk kepada tindakan pekerja restoran makanan segera yang sempat melambai kepadanya sebelum dia berlalu.

 

Difahamkan, Farah atau nama penuhnya Norfarah Syahirah Shaari lahir dalam keadaan cacat tanpa kedua belah tangan. Namun, dia berjaya membuktikan kecacatan itu bukanlah pengakhiran hidup.

 

Selain memandu, wanita asal Bagan Dato, Perak ini juga boleh menguruskan kehidupan hariannya termasuk tugas memasak dan membasuh. Dia juga tidak kekok untuk terjun dalam sektor pekerjaan dan melakukan kerja-kerja seperti menulis, mengangkat fail serta menggunakan komputer.

 

Tambah Farah, tujuan utama dia belajar memandu dan berusaha mendapatkan lesen bukanlah untuk berbangga. Sebaliknya, Farah mahu rakan senasibnya membuka mata bahawa mereka juga boleh memandu meskipun tiada tangan.

 

Untuk rekod, video aktiviti harian Farah seperti memandu, menulis, memakai make-up, menggayakan tudung sudah berkali-kali viral di media sosial namun masih memberi inspirasi bagi sesiapa yang melihatnya.

 

Perkongsian terbaru Farah ini telah mendapat 2 juta tontonan di TikTok dan memperoleh 243k tanda suka.

@norfarrahsyahirahshaariBersyukur lah dengan setiap nikmat yang dikurniakan.. usaha selagi mampu🥰🥰

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Post a Comment