Menangis Kenang Ex Teman Lelaki Boleh Sebabkan Masalah Mata Kering?
Maduners tahu tak, kekurangan air mata adalah salah satu faktor mata kita kering dan tidak selesa?
Mata kering adalah satu keadaan yang mana mata korang mempunyai kekurangan air mata untuk melembabkan dan menyuburkan mata. Air mata sangat diperlukan ya untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk memberi penglihatan yang jelas.
Antara fungsi air mata adalah:
- Pelincir pada permukaan mata
- Kurangkan risiko jangkitan mata
- Keluarkan bendasing dalam mata
- Jaga permukaan mata agar licin dan rata
Untuk pengetahuan Maduners, mata kering berpunca daripada ketidakseimbangan antara penghasilan dan pengaliran air mata keluar dari bahagian mata. Air mata dihasilkan oleh kelenjar air mata iaitu lacrimal gland dan beberapa kelenjar aksesori yang terdapat di sekitar kelopak mata.
Penghasilan air mata boleh berkurangan atas beberapa faktor seperti peningkatan usia, masalah kesihatan seperti artritis rheumatoid, akibat kesan sampingan ubat-ubatan dan keadaan persekitaran seperti angin dan iklim.
Haa! Bila penghasilan air mata berkurang atau menyejat (evaporate), inilah keadaan yang boleh menyebabkan masalah mata kering berlaku.
Sumber Gambar: www.klikdokter.com
So, bagaimana nak rawat masalah ini? Sebenarnya, untuk masalah ini doktor akan memberi rawatan bergantung kepada punca-punca masalah ini berlaku. Antaranya:
#1 Menggunakan Ubat Titis
Sumber gambar: www.astroawani.com
Korang yang mempunyai masalah mata kering ini akan diberikan air mata palsu berbentuk ubat titis. Ubat titis ini berfungsi untuk memberikan kelegaan dan rawatan yang cepat untuk mengatasi masalah ini.
#2 Lipiflow
Sumber gambar: www.medgadget.com
Menggunakan alat perubatan bernama Lipiflow. Ia adalah alat perubatan yang menggunakan haba dan tekanan pada kelopak mata untuk membuka saliran kelenjar yang tersumbat. Kelenjar ini menghasilkan minyak sebagai sebahagian daripada lapisan airmata. Minyak kan menghalang air mata dari penyejatan?
#3 Memakai Cermin Mata Hitam
Selain daripada itu, korang juga boleh memakai cermin mata atau cermin mata hitam yang sesuai untuk membantu memperlahankan penyejatan air mata.
#4 Rehatkan Mata
Selain daripada itu, korang juga boleh memakai cermin mata atau cermin mata hitam yang sesuai untuk membantu memperlahankan penyejatan air mata.
Jika kerap menggunakan telefon pintar atau komputer, korang disarankan untuk rehatkan mata seketika. Berhenti menggunakan telefon atau komputer jika korang sudah menggunakannya melebihi dua jam.
Ingat, segala jenis rawatan yang korang ambil berkaitan ubat-ubatan perlulah atas nasihat dan saranan pakar. Kang tersalah rawatan, makin teruk pula.
Sumber: www.myhealth.gov.my