Mengerikan! Wanita Dibunuh,Dicincang & Dipam Oleh Teman Lelaki Ke Dalam Mangkuk Tandas! – Manis Madu
Ksenia Ptichkina Dibunuh, Dicincang & Dipam Oleh Teman Lelaki Ke Dalam Mangkuk Tandas

Mengerikan! Wanita Dibunuh,Dicincang & Dipam Oleh Teman Lelaki Ke Dalam Mangkuk Tandas!

Kejadian yang sangat mengerikan dan seolah hilang kewarasan akal apabila seorang lelaki di Rusia tergamak membunuh, mencicang kemudian melupuskan mayat teman wanitanya Ksenia Ptichkina, 21,  ke dalam mangkuk tandas.

 

Perbuatan kejam lelaki itu mula terbongkar selepas pekerja majlis perbandaran menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada sistem pembentungan di sebuah pangsapuri, Isnin lalu. 

 

Menurut laporan The Sun, kali terakhir Ksenia berjumpa dengan keluarganya adalah pada 20 Mei lalu selepas dia meninggalkan rumahnya di bandar Kemerovo, selatan Rusia.

 

Ksenia kemudian dilaporkan hilang pada hari yang sama setelah wanita tersebut gagal pulang ke rumah dan menjawab telefonnya.

 

Pencarian berikutan kes kehilangan Ksenia berlangsung beberapa hari sebelum pekerja penyelenggaraan sistem pembetung menemui mayat manusia ketika mereka sedang menyelenggara.

 

Serpihan kulit dan rambut manusia yang dihantar untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) itu terbukti milik Ksenia. 

 

Penemuan yang mengerikan itu difahamkan dibuat dalam sistem pembentungan di blok pangsapuri di mana tempat teman lelakinya tinggal.

 

Semasa soal siasat dijalankan, suspek mengaku membunuh, mencincang dan mengepam cebisan mayat teman wanitanya ke dalam mangkuk tandas.

 

Suspek kini ditahan dan disiasat dengan lebih lanjut bagi mencari motif sebenar pembunuhan itu.

 

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara 15 tahun kerana membunuh.

Post a Comment