Menghadap Sultan Johor, Isu Status Agama Illi Najwa Selesai – Manis Madu
Menghadap Sultan Johor, Isu Status Agama Illi Najwa Selesai

Menghadap Sultan Johor, Isu Status Agama Illi Najwa Selesai

Disember tahun lalu, nama Illi Najwa heboh diperkatakan apabila beberapa gambar dan video majlis perkahwinannya tular.

 

Majlis yang dipercayai dilangsungkan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab mencetuskan kontroversi apabila kedua mempelai dilihat mengenakan pakaian pengantin Punjabi sehingga isu status agama Illi Najwa dipertikaikan banyak pihak.

 

Pada bulan yang sama, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta Jabatan Mufti Johor untuk menyiasat status agama wanita berkenaan.

 

Rentetan daripada perkara itu, hari ini (Khamis), siasatan JAINJ mendapati Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, tidak pernah keluar daripada Islam.

Illi Najwa menghadap Sultan Johor 01

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hasil siasatan berkenaan telah dipersembahkan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin ketika menghadap baginda di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, pada Khamis.

Illi Najwa menghadap Sultan Johor 02

Illi Najwa dilihat hadir sama menghadap Sultan Johor dalam pertemuan berkenaan.

 

Pada pertemuan itu juga, Yahya mempersembahkan hasil siasatan penuh JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya.

 

Yahya berkata, siasatan secara menyeluruh dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam.

 

“Pihak JAINJ telah memanggil Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.”

 

Menurutnya lagi, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

 

“Tiada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya.

Post a Comment