Menyamar Jadi Ahli Keluarga Antara Modus Operandi Scammer, Ketahui 5 Jenis Scam Terkenal Di Malaysia! – Manis Madu
Menyamar Jadi Ahli Keluarga Antara Modus Operandi Scammer, Ketahui 5 Jenis Scam Terkenal Di Malaysia!

Menyamar Jadi Ahli Keluarga Antara Modus Operandi Scammer, Ketahui 5 Jenis Scam Terkenal Di Malaysia!

Meskipun sudah memasuki tahun 2022, kejadian penipuan atau lebih dikenali sebagai scam ini tidak pernah berhenti. Setiap hari pasti ada sahaja kes mangsa scammer berlaku dan jumlahnya tidak berkurang.

 

Kesian kepada mangsa-mangsa scammer kerana jumlah yang ditipu biasanya bukan sedikit. Habis duit simpanan malah ada yang sampai berhutang!

 

Hari ini, Anis akan kongsikan beberapa jenis scam yang kerap terjadi di Malaysia. Harapnya Maduners dapat alert dengan modus operandi mereka dan jangan terpedaya! Kalau boleh kongsi dan sebarkan info ini lagi bagus untuk peringatan sesama kita.

1. Employment Scams

Pernah tak Maduners dapat mesej atau chat melalui WhatsApp tentang tawaran kerja seperti ini? Kebiasaannya tawaran kerja yang mudah dengan gaji yang lumayan!

 

Bagi scam jenis ini, pada awalnya mereka akan minta korang bayar yuran pendaftaran untuk interview atau beli barang-barang untuk mula bekerja. Maduners ingat ya, kalau gaji yang ditawarkan terlalu bagus, ada benda yang tak kena!

2. APK Scams

APK Scams pula selalu melibatkan aplikasi yang dimuat turun bukan melalui Play Store/App Store. Jangan sesekali muat turun aplikasi yang bukan dari Play Store/App Store yang memerlukan korang isi sensitive details seperti login bank, kad pengenalan atau password.

 

Satu lagi, kalau aplikasi itu minta “SMS Permission”, jangan pernah allow kerana mereka boleh dapat OTP code directly daripada telefon korang. Bahaya!

3. Bayaran Caj Tambahan

Haa, yang ini memang banyak kali jadi lepas beli dari Shopee! Tiba-tiba jerr dapat SMS bagi tahu terlebih bayar. Mereka akan minta keterangan bank korang, buat fake receipt dan minta korang bayar yuran untuk bagi semula refund. Jangan percaya, nanti tiba-tiba duit dalam akaun lesap!

4. OTP Scams

Jangan kongsi sebarang OTP code yang korang dapat secara tiba-tiba kepada sesiapa pun! Bank, BigPay dan yang lain-lain tidak akan pernah minta kod OTP itu. Ingatlah, bila sekali mereka dah boleh access OTP korang, senang jerr mereka nak curi semua duit dari akaun bank!

 

Mungkin Maduners rasa tak mungkinlah ada orang terpedaya dengan bagi OTP code ini tapi pernah ada mangsa yang tertipu.

5. Fake Friends Scam

Fake friends scam ini memang ramai yang terkena! Scammer yang licik ini akan curi gambar kawan-kawan atau ahli keluarga dan gunakan sebagai profile picture kemudian akan reka cerita sedih kononnya sedang terdesak perlukan duit. Inilah punca ramai orang tertipu kerana tak sangka akan ada orang boleh berpura-pura jadi kawan atau ahli keluarga kita.

 

Anis harap dengan perkongsian ini dapat membuatkan lebih ramai orang di luar sana cakna dengan kegiatan scammer ini. Bila kita ada ilmu tentang modus operandi mereka, kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan lebih baik.

 

Sumber: @Emadnurdin

Post a Comment