Ngeri Betul! 4 Pembunuh Bersiri Wanita Ini Akan Buat Korang Gerun Dengan Kaum Wanita! – Manis Madu
Ngeri Betul! 4 Pembunuh Bersiri Wanita Ini Akan Buat Korang Gerun Dengan Kaum Wanita!

Ngeri Betul! 4 Pembunuh Bersiri Wanita Ini Akan Buat Korang Gerun Dengan Kaum Wanita!

Di Malaysia, antara figura wanita yang terkenal dengan cerita berkenaan pembunuhan yang mengerunkan sudah tentu yang kita kenal, Mona Fandey!

 

Siapa saja tak kenal dengan Mona Fandey, kes dirinya membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993, ngeri bila baca yang mayat ditemui dipotong 18 bahagian! 18 BAHAGIAN! Seram!

 

Tapi Maduners tahu tak dekat luar negara ada lagi ramai pembunuh bersiri wanita yang mengerikan! Ada yang niat membunuh mereka hanya suka-suka! Jom, Syaz kongsi dengan korang 4 pembunuh bersiri wanita yang akan buat bulu roma korang berdiri!

Dorothea Puente (The Death House Landlady)

Dorothea Puente (The Death House Landlady) (1)

Acara seram pembunuhan Dorothea bermula pada tahun 1982, apabila dia mula menyewakan apartmen milik dia di Sacramento, California. Dorothea akan mengambil lelaki tua dan kadang-kadang penagih dadah untuk kononnya memberi perlindungan di rumahnya, tidurkan mereka, dan kemudian melemaskan mereka atau meracuni mereka.

 

Perbuatan Dorothea diketahui selepas seorang lelaki cacat tempatan hilang dan polis telah dimaklumkan mengenai kediaman dia, yang mana Dorothea telah ditangkap didakwa dengan sembilan pertuduhan kerana polis menemui tujuh mayat disembunyikan di apartment itu! 

 

Seram! Tapi Dorothea telah meninggal dunia pada usia 82 di Pusat Kemudahan Wanita California Tengah yang mana tempat dia dipenjarakan seumur hidup.

Juana Barraza (The Old Lady Killer)

Juana Barraza (The Old Lady Killer) (1)

Dah cukup takut dengan ahli gusti profesional, ditambah pula seorang pembunuh bersiri? Ya, itu dia Juana Barraza.

 

Juana Barraza yang berasal dari Mexico City, Mexico bukan terkenal sebagai ahli gusti tetapi sebaliknya terkenal kerana dia membunuh 16 wanita tua dengan menjerut mereka sehingga mati! Serammm!

 

Tindakan Juana ini berlaku antara tahun 1998 sehingga 2006 sebelum dia ditangkap, mangsa-mangsa memang Juana pilih secara bersebab iaitu wanita tua berusia 60 tahun ke atas dan tinggal bersendirian.

 

Sebab apa wanita tua? Kalau korang nak tahu motivasi Juana membunuh dikatakan kerana kebencian dia terhadap ibunya yang membiar Juana dirogol lelaki sewaktu kecil. 

 

Kesian pun ada, berdiri bulu roma pun ada!

Judy Buenoano (Black Widow)

Judy Buenoano (Black Widow) (1)

Namanya seakan memberikan imej comel tetapi perkara-perkara yang dilakukan Judy jauh dari perkataan comel itu sendiri!

 

Judy Buenoano terkenal sebagai Black Widow kerana dia seakan labah-labah Black Widow itu sendiri, membunuh suami, anak dan teman lelakinya tanpa belas kasihan!

 

Mulanya dia membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam makanan suami selama lapan tahun, jadi suami dia mati secara perlahan-lahan! Seksanyaaa!

 

Usaha itu dilakukan Judy untuk menuntut insuran nyawa milik suaminya dan berjaya lakukan perkara tersebut! Kaya dapat duit bunuh suami!

 

Tapi bukan suami saja! Lepas suami meninggal, sasaran membunuh seterusnya adalah teman lelakinya iaitu Bobby Morris dengan modus operandi dan sebab pembunuhan yang sama! Geram bercampur seram bila dengar, bunuh orang sebab nak duit!

 

Tak cukup dengan itu, dia juga lemaskan anaknya yang separa kurang upaya. Akhirnya pada tahun 1998, dia dijatuhkan hukuman mati menggunakan kerusi elektrik yang menjadikan dia wanita pertama mati dengan hukuman itu di Amerika Syarikat sejak 150 tahun lalu.

Joanna Dennehy

Joanna Dennehy (1)

Pembunuh bersiri yang diceritakan sebelum ini semuanya ada motif sama ada dendam, nak duit atau nak menyenangkan hidup mereka tapi Joanna lain dari yang lain kerana dia membunuh secara suka-suka!

 

Bayangkan membunuh sebab suka bunuh orang? Takuuttttt!

 

Pada  tahun 2013, Joanna Dennehy yang berusia 31 tahun menikam tiga orang hingga mati dan mencederakan lebih ramai dalam masa selang beberapa hari bagi setiap kejadian di Peterborough, England.

 

Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup menjadikan dia salah seorang daripada dua wanita yang masih hidup yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Britain.

 

Macam mana Maduners? Seram tak baca mengenai 4 pembunuh bersiri yang terkenal dekat negara lain! 

 

Sebenarnya ramai lagi pembunuh bersiri wanita yang kejam! Next time Syaz akan sambung senarai ini untuk korang lebih takut dengan wanita!

Sumber: iceberggx

Post a Comment