Merompak Seorang Wanita Secara Berkumpulan, 2 Lelaki Dihukum Penjara 10 Tahun Dan 5 Sebatan – Manis Madu
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan

Merompak Seorang Wanita Secara Berkumpulan, 2 Lelaki Dihukum Penjara 10 Tahun Dan 5 Sebatan

Akibat merompak secara berkumpulan ke atas seorang wanita pada 1 Februari lalu, 2 individu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun berserta 5 sebatan.

Ketika melakukan rompakan, tertuduh mengacukan pisau ke leher mangsa yang sedang makan di hadapan sebuah premis tidak beroperasi di Pusat Komersial Bazhong, kira-kira jam 3.30 petang pada 1 Februari lalu.

 

Suspek dan 2 lagi rakannya melakukan rompakan itu di hadapan sebuah premis tidak beroperasi di Pusat Komersial Bazhong dengan mengacukan pisau ke leher mangsa yang sedang makan, lalu merampas beberapa barang berharga dari mangsa.

 

Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran selaku pengendali pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal keatas kesalahan dilakukan, manakala kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan masing-masing memohon hukuman diringankan.

 

Berdasarkan pendakwaan 1 dari 3 suspek rompakan tersebut masih bebas dengan barang-barang rompakan.

 

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

 

Manakala, Awang Kerisnada Awang Mahmud selaku hakim bagi kes tersebut membuat keputusan menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara beserta 5 sebatan selepas 2 orang suspek tersebut membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 

Hakim Awang Kerisnada kemudiannya menetapkan kedua-dua tertuduh dipenjara bermula dari tarikh sabitan hari ini, selain memerintahkan suskpek warga asing dirujuk ke Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.

Post a Comment