Michelle Yeoh Bantu Kerja Pembersihan Pasca Banjir, Raih Pujian Warganet
Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 59, mencuri tumpuan ramai selepas beliau hadir menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Hello?!?! THE Michelle Yeoh herself is giving a helping hand for the flood victims?!? Our ministers and some govt officials could NEVER- pic.twitter.com/LPk7BtdBCJ
— tini | BTS WHO? (@PHOTAEGRAPHV) December 25, 2021
Menurut Utusan, Michelle Yeoh juga turut ditemani hartawan ternama, Tan Sri Vincent Tan mengambil peluang sempena cuti perayaan Krismas untuk membantu golongan yang terkesan akibat bencana tersebut.
Misi berkenaan turut disertai pasukan 502 Askar Wataniah Divisyen ke-4 Infantri Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia.
Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Michelle berkata beliau terharu dengan penyatuan masyarakat berbilang bangsa yang turun padang membantu mangsa yang terkesan akibat bencana tersebut.
“Saya terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir.
“Ini semangat Krismas sebenar. Terima kasih semua,” katanya.