Serabut Dengar! Mentaliti Kelas Ketiga, 4 Perangai Ini Sepatutnya Diubah! – Manis Madu
Serabut Dengar! Mentaliti Kelas Ketiga, 4 Perangai Ini Sepatutnya Diubah!

Serabut Dengar! Mentaliti Kelas Ketiga, 4 Perangai Ini Sepatutnya Diubah!

Kemudahan awam merupakan fasiliti yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta untuk kegunaan orang awam. Namun, kadangkala kemudahan ini tidak dapat digunakan oleh kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak.

 

Kempen sudah dibuat, amaran sudah diberi bahkan ada denda tertentu dikenakan tetapi masih juga berlaku!

 

Berikut adalah 4 sikap tiada ‘common sense’ yang sepatutnya diubah.

1. Double Park

john-matychuk-yvfp5YHWGsc-unsplash (1)

Isu ini memang tak dapat dinafikan kerap sangat berlaku. Terutama di kawasan bandar! Madu faham kadang-kadang situasi mendesak hingga terpaksa double park, tapi sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon atau turunkan handbrake supaya tidak menyusahkan orang lain.

2. Bersembang Dalam Pawagam

krists-luhaers-AtPWnYNDJnM-unsplash (1)

Sakit hati tak bila Maduners tengah khusyuk layan filem kegemaran dalam panggung wayang, tiba-tiba terdengar suara-suara sumbang sedang bercakap sesama sendiri. Mengganggu kan!

 

Madu rasa dah banyak papan tanda peraturan ketika berada dalam pawagam ditampal sebagai peringatan. Antaranya tidak dibenarkan bercakap-cakap!

3. Buang Sampah Merata-Rata

gera-kulik-gaBHgwcVSrI-unsplash (1)

Hmmm, Madu rasa perangai buang sampah merata-rata ini di mana-mana pun ada! Kadang-kadang, tong sampah dah ada depan mata tapi masih liat nak buang sampah di tempat yang betul. Tempat rekreasi seperti air terjun, sungai bahkan persisiran pantai selalu jadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

chris-gallagher-4zxp5vlmvnI-unsplash (1)

Tahu tak, sikap buang sampah merata-rata ini bukan sahaja menyakitkan pandangan mata tetapi boleh merosakkan ekosistem juga! Rosakkan habitat haiwan, boleh berlaku bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

 

Baru-baru ini dah banjir, salah siapa? Siapa lagi kalau bukan manusia sendiri! Renung-renungkan.

4. Penggunaan Tandas Awam

gabor-monori-VCVI5QUvFAY-unsplash (1)

Tidak keterlaluan Madu katakan, kebanyakan tandas awam di negara kita tidak berfungsi dengan sempurna. Letakkan kesalahan itu pada diri kita sebagai pengguna. 

 

Tandas awam yang busuk, tersumbat, kotor dan tidak selesa digunakan berpunca daripada sikap segelintir individu yang tidak mempedulikan penjagaan fasiliti ini sebaiknya.

 

Bukan ini sahaja ragam masyarakat di Malaysia dalam isu kerosakan kemudahan awam tetapi banyak lagi! Madu harap sikap seperti ini dapat diubah demi menjamin kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang.

Post a Comment