Minta MC Kerana Burnout? Boleh, Tapi Ada Syaratnya! – Manis Madu
Minta MC Kerana Burnout_ Boleh, Tapi Ada Syaratnya!

Minta MC Kerana Burnout? Boleh, Tapi Ada Syaratnya!

Pasca wabak Covid-19 menyaksikan lebih ramai orang semakin terbuka dan sedar tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan mental. Tekanan serta bebanan hidup tidak dinafikan boleh menyumbang kepada pelbagai kesan buruk jika tidak ditangani dengan baik.

 

Bebanan kerja yang semakin bertambah juga boleh menganggu kesihatan mental para pekerja, lebih-lebih lagi buat mereka yang bekerja dari rumah.

 

Baru-baru ini di laman TikTok, seorang doktor dikenali sebagai Dr Hafeez mendapat satu soalan yang bertanyakan sama ada pihak hospital atau klinik boleh mempertimbangkan untuk memberi surat cuti sakit (MC) kepada pesakit yang mengalami tekanan serta burnout kerana bekerja.

Menjawab persoalan tersebut, Doktor Hafeez menjelaskan, semestinya pesakit boleh mendapatkan cuti sakit untuk masalah itu tetapi perlulah bercerita dengan lengkap segala permasalahan yang dihadapi.

 

“Of course boleh tapi you kena cerita from A – Z apa masalah, jangan malu sorok-sorok cerita walaupun cerita tu agak personal atau agak menyakitkan hati sebab ini akan membantu kitorang untuk membuat penilaian seterusnya,” ujarnya.

 

Tambah Doktor Hafeez, adalah penting untuk mengenal pasti punca berlakunya burnout supaya tindakan selanjutnya boleh diatur dengan lebih baik.

 

Maybe bukan sahaja perlukan MC tapi perlu rujukan ke kaunselor atau pakar psikiatri sebab kadang-kadang ada isu-isu terpendam lain disebalik all this burnout. So of course, you akan dapat MC, rujukan dan ubat penenang (ubat tidur),” katanya.

 

Dalam pada itu, Doktor Hafeez turut mencadangkan rawatan perlu dilanjutkan ke bahagian psikiatri bagi mengenalpasti stress yang dialami serta belajar cara untuk mengendalikan stress.

 

Stress dan burn out is a real issue tapi kena berterus terang,”

 

Burnout memang harus segera ditangani supaya kualiti hidup juga semakin baik. Ada banyak cara untuk mengatasi burnout, antaranya:

1. Mengenal Pasti Penyebab

Sebelum merawat sesuatu penyakit atau gejala, sangat penting untuk Maduners tahu apa punca korang merasa burnout. Agak susah untuk melakukan perubahan jika akar permasalahan itu tidak diketahui.

2. Mengatur Jadual

Mempunyai susun atur jadual beban tugas adalah penting kerana ini dapat membuatkan aktiviti harian korang lebih teratur. Utamakan pekerjaan yang penting dan yang mana kurang penting, ketepikan terlebih dahulu supaya tidak terlalu terbeban dengan tugasan kerja.

3. Luahkan Kepada Orang Yang Dipercayai

Memendam masalah dan bebanan hanya akan memburukkan lagi kesihatan mental. Carilah orang-orang yang boleh dipercayai seperti keluarga, kekasih atau sahabat untuk berkongsi cerita.

4. Melakukan Aktiviti Fizikal

Cara berikutnya adalah dengan melakukan aktiviti yang santai dan mengatasi stress seperti yoga, meditasi dan lain-lain. Melakukan aktiviti seperti ini mampu mengalihkan perhatian korang daripada fikirkan hal-hal kerja.

 

Apa-apa pun, jangan biarkan diri korang ‘tenggelam’ dengan masalah ini. Keluar dan cari jalan penyelesaian di tempat yang betul seperti mendapat nasihat doktor, kaunselor atau merujuk kepada pakar psikiatri.

Post a Comment