Minta Orang Awam Ikat Tali Leher, YouTuber Menangis Terharu Dilayan Seperti Anak Sendiri – Manis Madu
Minta Orang Awam Ikat Tali Leher, YouTuber Menangis Terharu Dilayan Seperti Anak Sendiri

Minta Orang Awam Ikat Tali Leher, YouTuber Menangis Terharu Dilayan Seperti Anak Sendiri

Dilayan seperti anak sendiri. Itu pengalaman dilalui Youtuber, Leeroy Wong ketika melakukan eksperimen sosial di sekitar ibu kota, baru-baru ini, lapor Harian Metro.

 

Perkongsian video Leeroy atau mesra disapa Roy, 28, mendapat perhatian netizen apabila meraih lebih 1.1 juta tontonan dalam masa beberapa jam selepas dimuat naik di TikTok.

job 1 (1)

Menerusi video itu, kelihatan Roy menghampiri seorang lelaki dan meminta bantuan untuk mengikatkan tali leher kerana tidak tahu dan kononnya datang ke ibu kota bagi menghadiri sesi temuduga kerja.

@royroy1228 When a jobseeker ask for help with his necktie in Malaysia#tiktokmalaysia ♬ A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Lelaki itu tidak menolak, malah terus membantu mengikatkan tali leher dan turut membantu memakaikannya di kolar baju kemeja Roy.

 

Lebih membuat netizen tersentuh apabila melihat lelaki terbabit membantu menyisir rambut dan memberi kata semangat hingga Roy menangis.

 

Menurut Roy, video itu dirakam pada 3 Januari lalu berhampiran pondok bas dekat pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC).

“Ketika itu, saya minta bantuan seorang pak cik yang berada di situ, namun dia tidak tahu cara mengikat tali leher. Jadi, dia minta rakannya iaitu pak cik yang ada dalam video terbabit untuk bantu saya.

 

“Pak cik itu bersungguh dan nampak ikhlas membantu, malah melayan saya seperti anaknya sendiri. Disebabkan itu, saya tersentuh dan menangis malah ia spontan, bukan dibuat-buat,” katanya.

job 2 (1)

Roy berkata, selain lelaki berkenaan, ada lima lagi individu yang sudi membantu mengikatkan tali lehernya sepanjang tiga hari melakukan eksperimen sosial.

 

Menurutnya, video itu dirakam untuk dimuat naik di saluran YouTube dan idea itu (melakukan sosial eksperimen) tercetus selepas melihat seorang Youtuber di Korea Selatan melakukannya.

 

“Jika tidak silap saya, belum ada lagi yang buat dengan jalan cerita seperti itu di Malaysia, jadi saya bersama rakan sepasukan cuba lakukannya.

 

“Tujuannya adalah melihat sejauh mana perpaduan dan semangat tolong menolong rakyat Malaysia membantu individu tidak dikenali tanpa mengira kaum dan agama.

 

“Ternyata, saya dapat menyaksikan sendiri betapa baik hatinya Malaysia menerusi eksperimen sosial tempoh hari,” katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Post a Comment