Minta Suami Simpan Ikan Dalam Peti Sejuk, Tapi Kenapa Jadi Macam Ini? – Manis Madu
Minta Suami Simpan Ikan Dalam Peti Sejuk, Tapi Kenapa Jadi Macam Ini

Minta Suami Simpan Ikan Dalam Peti Sejuk, Tapi Kenapa Jadi Macam Ini?

Ragam serta realiti pasangan suami isteri sering dapat kita lihat melalui perkongsian di serata laman sosial. Ada kisah lucu, sedih, romantik dan lain-lain.

 

Isteri atau para wanita juga perlu hadap perangai ‘lurus’ dan kadang-kala ia terlalu lurus mengikut pesanan atau arahan yang diberikan oleh wanita.

 

Sama seperti kisah yang dikongsikan di laman TikTok oleh seorang wanita tentang gelagat suaminya yang menyimpan ikan mentah ke dalam peti ais.

Apa yang menghiburkan adalah tindakan suaminya yang hanya mengikut ‘arahan’ yang diberikan dengan meletakkan ikan mentah tersebut begitu sahaja ke dalam peti sejuk tanpa berfikir untuk memasukkan ke dalam bekas terlebih dahulu atau sebagainya.

 

Wanita tersebut juga turut menambah dalam video berkenaan dengan menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak memberikan arahan selengkapnya kepada si suami.

 

“Salah sendiri, arahan tak full,” tulisnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para isteri turut meluahkan perkara yang sama terjadi kepada mereka.

 

Apa-apa pun selepas ini kalau nak minta tolong suami, bagi arahan terperinci sikit untuk elakkan kejadian-kejadian seperti ini. Madu sampai keluar air mata ketawa!

Post a Comment