Mira Filzah Selamat Bersalin, Timang Anak Lelaki Sebagai Anak Sulung! – Manis Madu
Mira Filzah Selamat Bersalin, Timang Anak Lelaki Sebagai Anak Sulung!

Mira Filzah Selamat Bersalin, Timang Anak Lelaki Sebagai Anak Sulung!

Pelakon wanita terkenal Malaysia, Mira Filzah telah selamat melahirkan anak sulungnya hari ini pada jam 3.40 pagi tadi. Anak sulungnya disahkan berjantina lelaki oleh Mira Filzah dah suaminya.

 

Menurut  Berita Harian, kelahiran anak sulung Mira Filzah yang berlaku pada 9 Syawal lebih bermakna kerana tarikh kelahiran tersebut sama dengan tarikh kelahiran Mira Filzah sendiri. 

 

Wan Emir Astar yang merupakan suami kepada Mira telah berkongsi berita kelahiran anak sulung mereka menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

 

“Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah Badioezaman selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi,” katanya.

 

Wan Emir juga mengesahkan anak sulung dan Mira berada dalam keadaan yang sihat. 

 

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat walafiat.

 

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga.

 

Wan Emir juga mendoakan kebaikan diberikan kepada netizen yang mendoakan kesejahteraan keluarganya. 

 

“Moga segala kebaikan buat kalian semua juga,” tulis Wan Emir di bahagian kapsyen hantaran tersebut. 

 

Ramai netizen dan rakan-rakan selebriti yang memberikan ucapan tahniah di ruangan komen kepada Mira dan suaminya atas kelahiran anak sulung mereka.

 

Mira Filzah dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 September 2020 dan Wan Emir mengesahkan Mira berbadan dua pada Januari tahun ini.

Post a Comment