Mizz Nina & Noh Salleh Umum Bergelar Ibu Bapa – Manis Madu
Mizz Nina & Noh Salleh Umum Bergelar Ibu Bapa

Mizz Nina & Noh Salleh Umum Bergelar Ibu Bapa

Selepas 11 tahun melayari kehidupan berumah tangga, pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina mengumumkan bahawa mereka kini sudah bergelar ibu dan bapa angkat kepada seorang cahaya mata lelaki.

 

Menerusi Instagram Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, dia memaklumkan bahawa bayi bernama Musa itu sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada hidup mereka berdua.

Mizz Nina juga turut menceritakan perjalanan dan perjuangan mereka untuk memperolehi seorang zuriat walaupun bayi tersebut bukan dari rahimnya.

 

β€œAlhamdulilah sudah 3 bulan kelahiran bayi Musa, kami bersyukur kepada Allah atas kurniaan dan doa yang indah ini. Saya dengan leganya boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang.

 

β€œPerjalanan yang panjang untuk sampai pada kedudukan kami hari ini, melalui proses iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kami bayi yang manis ini melalui cara lain.

 

β€œJika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Nina juga menjelaskan agak lama memikirkan usaha untuk mengambil anak angkat lantaran menganggap diri belum bersedia sebelum ini.

 

Dalam pada itu, kata Nina, dia juga menganggap bahawa kehadiran Musa kini umpama satu anugerah terindah daripada Allah SWT buatnya dan Noh.

 

β€œDia adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya setakat ini.

 

β€œMenjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster yang mengagumkan dan kami bersyukur pada setiap saat. Semoga menjadi cahaya bagi umat. Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya,” katanya.

 

Untuk info tambahan, Nina dan vokalis kumpulan Hujan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

Post a Comment