Sotong Calamari Difitnah Hasil Daripada Dubur Khinzir! – Manis Madu
Sotong Calamari Difitnah Hasil Daripada Dubur Khinzir!

Sotong Calamari Difitnah Hasil Daripada Dubur Khinzir!

Penyebaran berita palsu semakin menjadi-jadi seiring dengan kelajuan akses internet. Maklumat boleh dikongsi di hujung jari sepantas kilat!

 

Semalam, kecoh di laman sosial apabila satu berita palsu yang pernah tular suatu ketika dahulu kembali dikongsi dan disebarkan.

 

Kiriman mesej yang tular tersebut berkongsi tentang sotong calamari sejuk beku berbentuk bulat seperti cincin yang kononnya didakwa dubur khinzir.

Meskipun sudah dijelaskan berita tersebut sebagai info palsu tetapi masih ada segelintir individu menyebarkan dan menyokong mesej tersebut.

 

Penyebaran info itu juga telah menetuskan kemarahan netizen yang rata-rata mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh mempengaruhi orang ramai terutamanya golongan yang lebih berusia.

Post a Comment