“Movie baru nak mula, sekelip mata saya tercampak”- Mangsa Cerita Detik Cemas LRT Bertembung – Manis Madu
Mangsa Cerita Detik Cemas LRT Bertembung

“Movie baru nak mula, sekelip mata saya tercampak”- Mangsa Cerita Detik Cemas LRT Bertembung

Eizzuan Haiqal Roshaizam Helmy berkata, dia baru sahaja menaiki LRT tersebut setelah tamat waktu bekerja di KLCC.

 

Menurut mStar lagi, pemuda berusia 20 tahun berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Alam Megah, Shah Alam Selangor.

insiden LRT Bertembung 01

“Bila tren baru bergerak, saya nak tengok movie menerusi telefon bimbit. Tapi movie baru nak bermula, tiba-tiba bunyi dentuman yang sangat kuat macam bunyi mercun meletup.

 

“Sekelip mata saya dah tercampak ke depan, jatuh ke lantai. Dengan penumpang yang duduk di sebelah saya pun tak nampak, tak tahu terpelanting ke mana… selepas dah reda baru nampak dia cedera di bahagian muka dan telinga,” ulasnya lebih lanjut.

insiden LRT Bertembung 03

Eizzuan yang sedang menjalani latihan praktikal di Kuala Lumpur berkata, beliau melihat ramai yang cedera selepas tercampak akibat pelanggaran itu.

 

“Ramai yang terpelanting semasa tren brek mengejut begitu kuat. Saya nampak beberapa penumpang lain cedera dan berdarah.

 

“Semuanya berlaku hanya beberapa saat. Saya tak sangka tren yang saya naik itu terlibat dalam kemalangan,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam.

 

Akibat dari kejadian itu, dia mengalami kecederaan terseliuh bahu kanan dan mengalami hentakan di bahagian kepala serta telah dihantar untuk rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

 

“Saya terseliuh di bahagian bahu dan kepala terhentak sikit. Tapi tak ada pendarahan. Mujur saya berpakaian tebal, Alhamdulillah.

 

“Tapi saya bersimpati dengan sebahagian penumpang yang cedera terutama mereka yang parah dan mengalami pendarahan akibat tercampak dan terpelanting. Impaknya sangat kuat,” katanya.

 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengulas,  kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang cedera, manakala 166 penumpang cedera ringan.

 

“Kejadian berlaku antara antara dua stesen Kampung Baru dan stesen KLCC di laluan yang sama.

 

“Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik membawa 213 penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu,” katanya pada sidang media, Isnin malam.

 

Mohamad Zainal berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan kejadian disifatkan sebagai kemalangan.

 

“Kita mendapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi. Ini adalah kemalangan dan kita masih menyiasat sekiranya ia merupakan kecuaian kerana melibatkan kecederaan awam, termasuk ramai yang cedera parah,” katanya.

Sumber Gambar: Media Sosial

Post a Comment