BTS Bolot 4 Anugerah Di Billboard Music Awards 2021! – Manis Madu
BTS

BTS Bolot 4 Anugerah Di Billboard Music Awards 2021!

Kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS berjaya merangkul empat anugerah di Billboard Music Awards 2021.

 

BTS yang popular dengan lagu “Dynamite” berjaya memenangi anugerah Lagu Terlaris, Duo/Kumpulan Terbaik, Artis Dengan Jualan Lagu Tertinggi serta anugerah Artis Sosial Media Terbaik untuk tahun kelima berturut-turut.

 

Kemenangan kumpulan yang dianggotai oleh V, J-Hope, RM, Jin, Suga, Jimin dan Jungkook itu diumumkan sebelum upacara anugerah itu bermula.

 

Menurut Asia Tatler, susulan kemenangan itu, BTS mengucapkan terima kasih kepada peminat mereka yang dikenali sebagai “Army” atas sokongan yang diberi kepada mereka.

Pada malam anugerah itu juga, BTS mempersembahkan lagu terbaharu mereka “Butter” buat kali pertama.

 

Pada majlis sama, Taylor Swift dan The Weeknd masing-masing berjaya merangkul anugerah Artis Wanita Terbaik dan Artis Lelaki Terbaik di dalam majlis muzik berprestij itu.

 

Acara Billboard Music Awards 2021 berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat dan di hoskan oleh Nick Jonas.

Sumber Featured Image: Billboard

Post a Comment