Mudah Jerr Nak Buat Milkshake! Susu Kocak Pun Ada Versi Sihat Untuk Tubuh Badan
5 ramuan yang terbaik untuk menghasilkan susu kocak yang memang sah-sah sedap dan semestinya sihat!
Maduners pernah dengar atau pun tidak, apa itu susu kocak? Haa, kalau versi mat salleh sikit, milkshake-lah! Dalam artikel kali ini, Yaya akan perkenalkan ramuan terbaik untuk susu kocak yang sihat.
Selain itu, Yaya juga berhasrat untuk mengajar Maduners cara-cara yang simple untuk buat susu kocak sendiri di rumah!
Hari Susu Kocak Sedunia
Kepada yang masih belum tahu, pada 12 September setiap tahun, penduduk di Amerika Syarikat akan menyambut National Chocolate Milkshake Day. Boleh dikatakan sambutannya sangat menggalakkan kerana kebanyakan kafe akan menawarkan promosi untuk susu kocak yang dijual.
Kombinasi Ramuan Susu Kocak Yang Sihat Dan Bermanfaat Untuk Tubuh Badan!
Sebenarnya, ada terlalu banyak bahan yang boleh digunakan untuk buat susu kocak yang sihat. Tapi, inilah top 3 pilihan Yaya.
1. Teh Hijau
Menurut Healthline, teh hijau mengandungi banyak antioksidan yang boleh menyumbang kepada penurunan berat badan yang berkesan. Kalau dapat campurkan dalam minuman susu kocak, mesti sedap, kan?
2. Madu & Walnut
Sumber Gambar: walnuts.org
Seperti yang kita tahu, madu mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Ini termasuklah kebolehan madu untuk mengurangkan risiko tekanan darah rendah, kerana ia juga mengandungi antioksidan. Apabila madu dicampurkan yogurt dalam milkshake, ianya dua kali ganda lebih sihat!
3. Pic & Krim Protein
Sumber Gambar: www.thespruceeats.com
Good news! Buah pic sangat terkenal dengan kebolehan ia memberi perlindungan yang membantu menjaga kesihatan kulit. Healthline, turut menyatakan yang ia dapat meningkatkan kemampuan kulit untuk mengekalkan kelembapan.
Ramuan Dah Ada, Macam Mana Pula Nak Buat Susu Kocak?
Mudah sahaja! Pertama sekali, Maduners perlu ada bahan untuk menghasilkan susu kocak iaitu buah-buahan pilihan sendiri dan juga susu. Seterusnya, ikut langkah-langkah ini:
Langkah Pertama – Masukkan buah-bahan dalam bekas plastik dan bekukan dalam peti ais dalam masa satu jam.
Langkah Kedua – Setelah buah-buah telah pun beku, masukkan ia dalam mesin pengisar dengan susu.
Langkah Ketiga – Kisar sehingga sebati.
Siap! Setelah itu, Maduners boleh enjoy susu kocak yang sihat dan semestinya sedap! Selamat mencuba.