Muka Ibu Muda Ini Naik Bengkak & Hampir Buta Kerana Picit Jerawat!
Ada tak dalam kalangan Maduners yang ada tabiat picit jerawat? Korang tahu tak, bagi yang ada tabiat picit jerawat, selain muka senang berparut, terdapat risiko lain bagi yang suka menyentuh bahagian tersebut seperti satu kejadian yang berlaku di Filipina ini.
Menurut portal The Sun, seorang wanita berusia 17 tahun dikenali sebagai Mary Ann Regacho mengalami nasib kurang baik apabila tindakannya memicit jerawat pada bahagian muka menyebabkan mukanya membengkak dengan sangat teruk di bahagian tulang hidung dan hampir buta!
Ibu muda kepada seorang anak berkenaan pada awalnya menyangka jerawat yang naik di bahagian wajahnya adalah kesan selepas melahirkan anak lalu bertindak memicitnya.
Namun, tindakan itu mengundang padah apabila wajahnya bertukar tidak selesa dan membengkak sedikit demi sedikit sehingga ketulan itu menjejaskan bahagian tengah wajahnya dan memberi kesan pada penglihatannya. Lebih malang lagi, suaminya hanya mampu membawa Mary untuk berubat secara tradisional sahaja kerana kurang berkemampuan.
Sehubungan dengan itu, suaminya kini sedang mencuba memohon bantuan daripada orang ramai untuk mengubati masalah kesihatan Mary. Wanita berusia 17 tahun itu dikatakan sudah hampir setahun menanggung derita kesan pembengkakan berkenaan.
Sumber gambar: thesun.co.uk