Video Resipi Dapat Sambutan Luar Biasa, Khairul Aming Ucap Terima Kasih Pada Pengikut – Manis Madu
khairulaming Video Resipi Dapat Sambutan Luar Biasa

Video Resipi Dapat Sambutan Luar Biasa, Khairul Aming Ucap Terima Kasih Pada Pengikut

Kembali pada Ramadhan tahun ini dengan resipi yang lebih menarik dalam 30 Hari 30 Resipi, Khairul Aming menyifatkan sambutan pada tahun ini agak luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Twitter khairulaming 13 Apr 2021

Kembali dengan 4 resipi air istimewa pada Ramadhan pertama pada tahun ini, video perkongsian Khairul Aming itu telah mendapat 2 juta tontonan di aplikasi TikTok, 1 juta tontonan di Facebook dan 5 ratus ribu tontonan di Twitter.

Menerusi akaun rasmi Twitternya @khairulaming, beliau meluahkan rasa terima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa menyokongnya sehingga ke hari ini.

 

Actually aku still speechless tengok engagement video hari ni. Ni paling tnggi sepanjang 4 tahun. Dalam masa 8 jam video tadi dh dpt 2 juta views di Tiktok, 1.8 juta views di IG, 1 juta views di FB and 500k views kat Twitter. IG story also approaching 800k views”, ujarnya di Twitter.

 

Hari ini, beliau telah pun berkongsi resipi kedua di laman rasmi Instagramnya iaitu Ikan Siakap Masak Stim Limau.

Post a Comment