Mummies Jangan Makan Ubat-Ubat Ini Ketika Hamil, Bahaya Buat Anak Dalam Kandungan! – Manis Madu
Mummies Jangan Makan Ubat-Ubat Ini Ketika Hamil

Mummies Jangan Makan Ubat-Ubat Ini Ketika Hamil, Bahaya Buat Anak Dalam Kandungan!

Buat ibu mengandung, tahukah korang yang ada beberapa jenis ubat tidak boleh dimakan ketika kehamilan?

Ubat-ubat yang disenaraikan di bawah ini boleh menyebabkan kecacatan pada janin dan ada juga boleh menyebabkan keguguran!

1. Chloramphenicol

Ubat ini adalah antibiotik yang biasanya doktor prescribed untuk orang yang ada infection. Ibu yang hamil tidak boleh makan ubat ini kerana boleh menyebabkan bayi mengalami gray baby syndrome.

2. Levofloxacin dan ciprofloxacin

Ubat ini juga adalah ubat antibiotik untuk infection juga. Hasil satu kajian pernah dibuat pada tahun 2017 mendapati, terdapat 3 risiko ubat ini untuk ibu hamil iaitu:

  • Meningkatkan risiko keguguran
  • Menyebabkan masalah pada tumbesaran tulang bayi
  • Menyebabkan masalah pada pembangunan otot bayi

3. Sulfonamides

Ini juga salah satu ubat daripada keluarga ubat antibiotik jugak. Pengambilan ubat ini boleh menyebabkan risiko keguguran dan masalah jaundice yang teruk pada bayi bila lahir nanti.

4. Codeine

Ubat ni biasanya doktor prescribed untuk masalah batuk kering, diarrhoea dan tahan sakit. Jadi kalau mummies batuk dan pergi farmasi nak beli ubat, semak dulu kandungan ubat batuk itu ya! Lagi bagus kalau tanya dengan pharmacist in charge.

 

Apa kesan codeine ini pada bayi? Ia boleh menyebabkan simptom withdrawal pada bayi baru lahir.

5. Ibuprofen

Sebenarnya banyak kegunaan ibuprofen ini. Antaranya digunakan untuk rawatan sakit sendi, gout, demam dan sakit gigi. Fungsi utama ubat ni adalah sebagai ubat tahan sakit.

 

Antara kesan ibuprofen ni pada bayi adalah:

  • Jaundice
  • Pendarahan
  • Kerosakan pada dinding usus perut
  • Menyebabkan masalah jantung pada saluran penting duktus arteriosus

 

Ketika dalam proses kehamilan, pengambilan ubat juga perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati!

Ilmu pengetahuan ini bukan untuk orang perempuan sahaja. Orang lelaki lebih-lebih lagi para suami pun kena belajar sama. Nanti tidaklah terbeli ubat yang tidak sepatutnya ketika pasangan sedang hamil.

Sumber: Farmacora

Post a Comment