Teh Bunga Roselle Bukan Sahaja Sedap, Malah Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan & Kecantikan! – Manis Madu
Teh-Bunga-Roselle-Bukan-Sahaja-Sedap-Malah-Bagus-Untuk-Kesihatan-Tubuh-Badan-Kecantikan

Teh Bunga Roselle Bukan Sahaja Sedap, Malah Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan & Kecantikan!

Hibiscus Sabdariffa atau lebih dikenali sebagai buah roselle yang berwarna merah menyala membuatkan tanaman ini sangat cantik sebagai tanaman hiasan.

roselle-instagram-goobsgarden

Sumber Gambar: Instagram | goobsgarden

Namun, Maduners tahu tak roselle sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan!

 

Jangan terkejut dengan rasa roselle yang seperti beri hitam ini mempunyai banyak zat yang diperlukan oleh tubuh. Antara manfaat yang boleh didapati dari tanaman ini adalah seperti:

Sumber Antioksida

Kandungan antioksida yang dimiliki oleh buah roselle dapat membantu menghalang radikal bebas yang merosakkan sel dalam kulit. Selain itu, mengamalkan antioksida juga boleh merawat tumor dan kanser.

Bahan Pembuat Makanan

Di Afrika, daun muda dan biji roselle dimakan kerana dipercayai mengandungi sejenis minyak yang baik untuk badan.

Perawatan Kulit

Daun roselle mengandungi antibiotic atau asiaticoside (triterpene glycoside) yang berfungsi merangsang pembentukan lipid serta protein yang berguna untuk perawatan dan kesihatan kulit.

Meningkatkan Nafsu Makan

A-woman-eats-a-tostada-at-a-street-taco-stand-in-Los-Angeles-at-night

Kandungan zat dalam roselle yang bersifat stomachic atau merangsang mampu menjadi pemangkin untuk meningkatkan nafsu makan. Sesuai untuk mereka yang ada masalah kurang selera makan.

Bahan Produk Minuman

Kelopak bunga roselle merah boleh dibuat sirap, teh, dan pelbagai minuman lain. Kaya dengan vitamin A, C dan amino asid yang baik bagi stamina tubuh badan. Selain itu, roselle juga dipercayai dapat mengurangkan kesan negatif dari nikotin bagi perokok aktif.

Sebut tentang roselle boleh dibuat bahan produk minuman, memang tanaman ini boleh diolah dalam bentuk makanan atau minuman seperti jem dan teh.

Bagi teh roselle, selain cara pembuatannya yang cukup mudah, ia juga memiliki rasa yang unik iaitu kecut tetapi menyegarkan! Tak hairan kalau teh roselle banyak penggemarnya.

Secara dasarnya, membuat minuman teh roselle ini sebenarnya cukup mudah! Namun dalam proses pembuatannya ada pelbagai versi. Ada yang dibuat dari bunga roselle segar yang baru dipetik dan ada pula yang dibuat dari roselle yang telah kering.

roselle-traditional-chinese-medicine

Jom Madu kongsikan cara membuatnya!

Cara 1 (Menggunakan Buah Roselle Segar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Isniar Tata (@isniartata)

  1. Petik bunga roselle yang telah mekar dan cuci sebersihnya.
  2. Rebus bunga roselle tersebut dengan air.
  3. Setelah berwarna kemerahan dan mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam gelas.
  4. Untuk mengurangkan rasa masam roselle, Maduners boleh tambahkan madu atau gula mengikut cita rasa korang and done! Maduners boleh minum teh ini panas atau sejuk. Kalau nak sejuk, masukkan ais atau dinginkan dalam peti sejuk.

Cara 2 (Menggunakan Buah Roselle Kering)

  1. Ambil secukupnya beberapa helai teh roselle kering ke dalam gelas atau cawan.
  2. Tuangkan air panas atau suam lebih kurang 300 cc atau secukupnya dan tutup cawan selama lebih kurang 5 hingga 15 minit.
  3. Setelah berubah warna, kacau teh dengn sebati.
  4. Seperti hidangan di atas, Maduners boleh juga campurkan madu atau gula secukupnya mengikut selera masing-masing. Boleh juga ditambah perahan limau nipis kalau nak.

Cukup mudah kan untuk hasilkan teh roselle? Rugi kalau Maduners tak cuba buat dan amalkan. Bukan sahaja sedap, teh roselle juga mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan serta kecantikan kulit.

Post a Comment