Muncul Sebagai Pesaing Baru, Mampukah Reels Menggulingkan Tik Tok?
Storage telefon tak cukup nak install TikTok? Maduners boleh cuba features baru yang ada di Instagram ini.
Syarikat teknologi Facebook Inc, telah melancarkan satu ciri terbaru di aplikasi Instagram yang dikenali sebagai Reels.
Hellooooo, Reels π
Introducing a new way to create and discover short, entertaining videos on Instagram.
Reels is rolling out today to more than 50 countries around the world.
π€³π€©π₯β¨πππ―https://t.co/RfXDhYawSF pic.twitter.com/FjSGSpSGpn
β Instagram (@instagram) August 5, 2020
Pekhidmatan yang persis TikTok, pengguna Reels boleh merakam video dan menambah kesan khas serta runut bunyi daripada kandungan muzik.
Pertama kali diuji di Brazil pada tahun 2018, Reels kemudian ke negara Perancis, Jerman dan India yang merupakan pasaran besar TikTok.
Dilancarkan secara rasmi pada peringkat global, Reels telah menembusi lebih 50 buah negara secara berperingkat termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, India dan beberapa negara yang lain.
Sebelum ini Facebook pernah membangunkan sebuah aplikasi yang mirip TikTok iaitu Lasso, namun ianya hanya seketika kerana tidak mendapat sambutan.
Memang tak boleh tengok orang lain senang sikit, mesti ada saja kesempatan yang diambil oleh syarikat gergasi ni.
Apa yang aplikasi lain ada, mesti Instagram cuba nak βcuriβ kan? Aplikasi Snapchat yang popular dengan βStoriesβ mereka. Instagram pun boleh menambah ciri tersebut dalam aplikasi mereka.
TikTok dan Instagram kedua-duanya ada jumlah pengguna aktif yang hampir sama, adakah kehadiran fungsi di Instagram akan menambah bilangan pengguna?
Namun, features Reels masih belum rasmi di Malaysia, tapi andai kata dah ada, macam mana penerimaannya? Adakah ianya akan disambut baik?