Murid Pakai Tudung Terbalik Sampai Label Nama Atas Kepala, Ramai Terhibur! – Manis Madu
Murid Pakai Tudung Terbalik Sampai Label Nama Atas Kepala, Ramai Terhibur!

Murid Pakai Tudung Terbalik Sampai Label Nama Atas Kepala, Ramai Terhibur!

Tugas sebagai seorang guru atau pendidik bukanlah perkara mudah kerana memerlukan sifat sabar yang tinggi terutama ketika berdepan dengan ragam anak murid.

 

Ada kalanya, karenah mereka mampu menyerikan suasana di dalam kelas dan menjadi penghibur hati buat guru-guru.

 

Namun, lain pula dengan video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan di sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

tudung terbalik 1 (1)

Menerusi perkongsian seorang guru, @nuratikahshah di TikTok, kanak-kanak tersebut dilihat telah memakai tudung dengan keadaan tidak terurus dan terbalik.

Lebih menarik perhatian, apabila label nama yang dijahit pada tudung berada di atas kepala murid tersebut.

 

Malah, selepas ditegur oleh gurunya, murid tersebut masih tidak mahu dibetulkan tudung yang dipakainya sendiri.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu.

tudung terbalik 2 (1)

“Comel la budak ini, terhibur tengok gelagatnya pakai tudung macam itu,” kata Deluna.

 

“Sebenarnya, adik ini ajar kita sesuatu, boleh pakai tudung terbalik asalkan percaya pada diri, nama terletak atas kepala,” seloroh Nor Roslina.

 

“Senang kerja cikgu lepas ini, tak perlu tercari-cari tunduk baca nama pelajar di bahagian depan, murid duduk, cikgu baca atas kepala mereka dah kenal,” ujar Lynnhasry Toya.

Post a Comment